Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri ringkas pada kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai servis terbaru yang disediakan oleh pihak 7Eleven Malaysia.
Semua sudah sedia maklum bahawa 7Eleven merupakan salah satu kedai serbaneka yang cukup popular dan terkenal di Malaysia. Mana tidaknya dengan pembukaan kedai mereka yang ke 2000 baru-baru ini menambahkan lagi empayar kedai ini di Malaysia ini.
Cukup sinonim dengan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam, 7Eleven sentiasa menambah baik perkhidmatan mereka untutk memenuhi keperluan para pelanggan mereka. Kalau dulu saya masih ingat lagi 7Eleven pada masa itu, cukup berbeza dengan yang ada sekarang.
Itu adalah satu strategi yang bijak dirangka oleh pihak 7Eleven demi untuk memastikan keperluan para pelanggan dijaga dengan sebaiknya. Dengan adanya makanan enak disediakan, 7Eleven pastinya menjadi tempat tumpuan setempat bagi warga desa atau kota yang sibuk.
Sebelum ini kita diperkenalkan dengan produk Fresh To Go yang menyediakan pelbagai seleksi makanan segar yang boleh dipilih oleh para pelanggan untuk dinikmati setiap masa. Untuk membaca selanjutnya mengenai Fresh To Go ini bolehlah baca di entri saya yang terdahulu.
Pada sambutan hari raya yang lepas bersama pihak 7Eleven Malaysia, saya diperkenalkan dengan satu perkhidmatan yang baru dilaksanakan oleh pihak mereka.
Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai Boxit. Boxit adalah salah satu perkhidmatan penyimpanan dan pengambilan barang kurier yang mudah. Untuk memudahkan anda memahami, saya terangkan dalam situasi sebegini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda sibuk dan tiada masa untuk mengambil barangan anda
Anda tiada pada waktu penghantaran oleh pihak kurier.
Anda boleh meminta pihak kurier untuk meletakkan bungkusan anda di Boxit di cawangan 7Eleven yang terpilih.
Anda akan mendapat kod untuk membuka kotak Boxit di 7Eleven melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Anda obleh mengambil barangan anda di Boxit pada bila-bila masa menggunakan kod yang diberikan tadi.
Anda bebas mengambil walaupun selepas waktu pejabat hatta lewat malam hujung minggu sekalipun! Hebat bukan?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hidup makin mudah dengan perkembangan teknologi bukan? Makin rancaklah anda berbelanja dalam talian selepas ini..huhuhu