Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku rasa cam semangat je nak tulis entry hari nih sebab aku dh siap assignment aku..muahaha3.. Tapi sunyi jgk ek bila semua orang dah balik kampung tapi kita je yang ade kat asrama nih. Apepom lets back to topic. Aku hari nih nak cerita sket tentang sorang mamat yang muka cam gengster tapi dengar lagu sayu a.k.a lagu jiwang karat.
Korang ada tak kawan yang muka bengis cam muka pecah rumah je? mesti ade kan. Mesti garang dia kan? Tapi aku nak cerita sket la pasal sorang mamat nih, (nama terpaksa dirahsiakan kerana tujuan keselamatan..hak3). Muka dia ala-ala gengster gituh. Kalau jadi tukang tarik kereta pom seswai sangat la. Badan tegap macam ahli gusti tuh. Rikishi pom kalah ngan dia..ha3.. tapi dalam hati lembut tau.. Kelemahan dia ialah jadi sangat penjiwang bila dah jatuh cinta..
Perlukah Jiwang2 karat bila bercinta. Aku bercinta pom xdak la dok buai perasaan sampai camtu sekali.. Satu hari tu, kami and the gang ade la buat study group sket. Aku pom pergi la rumah dia untuk study sesame..kah3..Bila bukak pintu rumah tu terdengar la lagu nih
bila cinta ini, tak lagi bermakna
yang ku rasa kini, hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta, masa lalu…
Aku ingat mamat mana la yang dok dengar lagu sentimental macam nih. Rupanya si muka pecah rumah nih. Ape lagi, aku gelak bagai nak pecah anak tekak.. hahahaha3.. Muka macam lagend tapi hati jambu..(guna tagline kumpulan jambu).. Xseswai langsung. Seminggu jugal la dia dok jadi bahan kami.. Sedih giler tengok muka dia kena gelak ngan kami..ho3.. Pasni mesti serik dah dia nak dengar lagu sentimental camtu. Muka macam putus bini pom dah ada dh..
Hahah3..Korang ade tak kawan yang camtu. Muka pecah rumah tapi hati kiut miut..(erkk..geli den raso e).. Apepom setiap orang memunyai jiwa dan perasaan. Biarlah dia ngan jiwa nya..ho3.. Aku sesaje je gelak kat dia sebab nk balas dendam dia gelakkan aku dulu..ho3
AM: Muka Lagend tapi hati Kiut..ha3