8coin | Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan semua mengenai platform ganjaran sehenti Malaysia untuk pengguna media sosial iaitu 8coin.
Apa itu 8coin?
8coin merupakan kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar mendapatkan barangan percuma, menjana pendapatan tambahan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.
8coin berfungsi sebagai platform untuk para pengguna mendapatkan ganjaran dengan cara berkongsi kandungan yang menarik di media sosial mereka. Selain itu juga, ianya berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna-pengguna 8coin sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial.
Objektif 8coin adalah untuk memberi pengalaman yang perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang lebih baik. Ianya diharap dapat membantu memperkuat peranan media tradisonal di Malaysia.
Bagaimana 8coin berfungsi?
8coin yajng dahulunya dikenali sebagai 8Share mempunyai lebih 770,000 pengguna dalam media sosial Malaysia. Di bahagian special, terdapat kandungan yang menawarkan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan terkini.
Para pengguna yang berkongsi ruangan special di media sosial mereka, ganjaran akan diberikan dengan setiap kunjungan unik yang bejraya dibuat melalui link tersebut. Setakat hari ini, RM8 juta telah diberikan kepada pengguna mereka.
Dan saya merupakan antara yang tersebut! Setakat hari ini, saya telah berjaya mendapatkan pelbagai barangan dan juga wang tunai daripada mereka. Menarik bukan? 🙂
Dalam aplikasi ini juga, pengguna diberi peluang untuk mendapatkan ganjaran wang tunai ataupun menebus pelbagai barangan menarik dengan coin yang mereka perolehi.
Pada 5 April yang lalu juga, telah diadakan majlis pelancaran bagi aplikasi ini. Ianya cukup meriah dengan kehadiran tetamu VIP, pengamal media dan juga pengguna setia mereka.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di samping para tetamu dapat memenangi hadiah yang menarik.
Untuk maklumat lanjut mengenai bolehlah melayari website seperti di bawah:
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi secara percuma dan mula mendapatkan ganjaran anda!
Kongsi-kongsi sahaja di media sosial anda dan dapat ganjaran!