Peringkat Temuduga Pramugari AirAsia | Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian .Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua antara peringkat yang diadakan dalam temuduga untuk menjadi krew kabin AirAsia.
Ini macam soalan bocor la apa yang perlu anda lakukan pada hari tersebut. Maklumat ini bukannya rekaan semata namun ianya diceritakan sendiri kepada saya oleh Encik Alson, Iaitu ketua tenaga pengajar di Asian Aviation Centre of Excellent (AACE). Ingat tak masa saya menjadi Pramugara terlampau Sehari sebelum ini? Jika masih belum mebaca pengalaman saya itu, bolehlah membacanya di pautan ini.
Menurut Encik Alson, terdapat beberapa fasa dalam pemilihan krew kabin AirAsia. Bukan main tangkap muat sahaja ya. Yang betul-betul layak sahaja akan diterima menjadi pramugara/i mereka. Berikut adalah fasa tersebut
Pertama:
Mengukur tinggi dan berat calon. Berat hendaklah sepadan dengan ketinggian.
urusan menyemak dokumen. Antara odkumen yang perlu ada ialah Kad pengenalan, pasport, sijil SPM dan mana-mana yang perlu.
Kedua:
Ujian catwalk. pastikan jalan dengan gaya yang betul dan bukan kangkang jer jalannya.
Pemeriksaan fizikal. pastikan tiada sebarang parut atau tatoo yang kelihatan.
Ketiga:
Ujian bahasa Inggeris dan perbentangan berkumpulan (group presentation). pastikan pengusaan bahasa Inggeris anda baik. Ramai pembaca blog saya yang sebelum ini ada bertanya kepada saya jika mereka kurang fasih dalam English tetapi ingin menjadi pramugari, jawapan saya mudah. ‘Kuasai Dulu, dan baru mohon”.
Keempat:
Temuduga oleh panel penemuduga. yang ini saya tidak pasti apa soalan yang ditanya. Namun bersedialah mental anda untuk menjawab segala pertanyaan yang diberikan. Its all about passion.
kelima:
Pemeriksaan kesihatan (Medical check-up). Semuanya akan disediakan oleh pihak AirAsia. Yang ini macam ujian medikal biasa anda lakukan sebelum masuk universiti tuh..
Selesai sudah kelima-lima fasa tersebut. Dah tunggulah keputusan anda layak atau tidak untuk bersama AirAsia.
Soalan cepu emas: Berapakah gaji untuk seorang pramugara/pramugari AirAsia?
Jawapannya adalah antara RM4500-RM5500. Dan ada banyak lagi tambahan lain antaranya Night Stop Allowance, Sales commission dan banyak lagi. Senang cakap, kalau nak dapat banyak, kena kerja banyak.
YOU FLY MORE, YOU EARN MORE.
Tapi tak boleh la nak terbang selalu, kerana kita masih tertakluk kepada dasar kerja kerajaan iaitu kerja antara 80 hingga 130 jam sahaja. Not more ya!
Wanita tak boleh mengandung dalam 2 tahun pertama kerja ya.. Take note about this. 🙂
AM: Apapun buat yang bercita-cita untuk terbang tinggi tu, jangan lupa persiapkan diri dengan apa-apa yang patut. If u know what I mean. 🙂
Jangan lupa tekan like atau share entri ini untuk makluman kepada kawan-kawan anda yang lain. Terima kasih