Site icon AMIRNAWAWI

Raya Rasa Sayang Bersama California Raisins

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya masak bersama California Raisins.

Untuk makluman semua, cabaran ini telah dianjurkan oleh Raisin Administrative Committee (RAC) bersama California Raisins. Seramai 24 orang blogger Malaysia telah mengambil bahagian pada acara hari tersebut yang terdiri daripada 8 buah kumpulan peserta dan telah diadakan di Berjaya Universiti College of Hospitality, Times Square.

Saya bersama ahli kumpulan kami.

Saya bersama rakan yang lain telah menyertai pertandingan memasak yang mana telah menggunakan California Raisins sebagai bahan dalam masakan kami. Oh! Saya tidak sangka bahawasanya yang kismis juga boleh digunakan dalam pelbagai variasi untuk masakan,

Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyiapkan makanan mengikut 8 tema yang telah diberikan. Tema tersebut adalah Kasih Sayang (Love), Kemaafan (Forgiveness), Penghormatan (Honour), Penghargaan (Gratitude), Keredhaan (Blessing), Kesyukuran (Togetherness), Kebaikan (Kindness) dan Saling Menghormati (Respect).

Kalau dulu memang kita makan sebegitu sahaja kismis ini, namun kali ini saya tidak sangka yang begitu banyak resepi yang dapat diolah menggunakan California Raisins ini.

Tekun memasak masakan kami

Seperti mana kumpulan saya, kami menggunakan kismis ini untuk masakan pulut kuning dan juga ayam masak merah kami.

Resepi hasil ciptaan kumpulan kami. Nampak sedap kan? Uhuk

Rakan-rakan dari kumpulan lain tidak kurang hebatnya. Mereka semua telah memberikan satu persembahan dan juga hidangan yang sememangnya menarik. Dari masakan utama hinggalah kepada pencuci mulut. Memang versatillah!

Jom kita tengok dan lihat apa menu yang telah dihasilkan oleh kumpulan lain.

Lebaran Love Raisin Cookies
Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan
Bumbu Kacang Nenda Dan Sate Goreng
Ramadhan Blessings
Black Raisins Kerabu
Nasi Briyani Sweet Memory
Black Raisins Briyani In Pineapple

Menarik bukan menu-menu yang dimasak oleh kumpulan lain. Pelbagai variasi masakan telah dihasilkan menggunakan California Raisins ini. Jadi sekarang masa yang ditunggu-tunggu untuk setiap juri merasa dan menilai masakan yang telah dihasilkan ini.

Barisan juri sedang merasa masakan kami.

Walaupun tidak menang, tetapi saya rasa puas kerana dapat meneroka potensi yang ada dalam kismis ini. Mana tidaknya, diadili oleh chef yang terkemuka pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada saya. Teguran dan juga nasihat daripada Chef Khairul memberikan saya inspirasi untuk memasak lagi dan lagi.

Pemenang bagi pertandingan ini.

Pada majlis ini juga, chef selebriti iaitu Chef Ili Sulaiman telah turut serta untuk berkongsi kepada kami menu berasaskan kismis. Beliau telah berkongsi menu “Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California”. Sedap!

Beriani Ayam Kismis California
Roti Sosej Masala Kismis California

Tahukan Anda?

Antara kelebihan Kismis California adalah:

Rasa yang semulajadi | Tidak mengandungi gula tambahan | Tidak mengandungi lemak, kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadi | Sumber kalium yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf | Kaya dengan sumber serat | Sumber nutrien | Mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi |

Untuk anda semua yang ignin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan California Raisins ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:


Website: https://calraisins.org/ dan https://caraisins.com/
Facebook: https://www.facebook.com/RACASEAN/

Exit mobile version