Site icon AMIRNAWAWI

Segelas Air, Sekilo Gula..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua yang membaca blog saya ini. Semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada penulisan kali ini ingin saya kongsikan sedikit permasalahan yang sedang saya fikirkan. Mungkin anda semua pernah alaminya juga.

Semenjak subsidi gula dtikurangkan ini, semakin banyak pula harga makanan serta minuman yang naik. Alasannya kerana harga gula naik. Namun persoalannya ialah, adakah kenaikan harga gula 20sen, makan segelas air pun kena naik 20sen?

Pendapat anda?

Logik? Memang logik la kalau ikut perkiraan biasa. namun SEKILO gula naik 20 sen, segelas air pun naik 20sen? Padahal sekilo gula tu boleh buat berapa banyak gelas air. Fuh!

Paling minima pun 10 gelas air. 10x20sen = RM2.

Nampaknya bila sekilo gula naik 20 sen, peniaga boleh upp unjuran keuntungan RM2. Nampak tak permainan mereka? hahaha

Something to ponder jer sebenarnya..

Nak jimat? Beli gula sendiri dan buat jer air kat rumah.. wakaka

AM: Bila gaji nak naik ni?

Exit mobile version