Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Hari ini saya akan bercerita serba sedikit mengenai Seminar Halatuju Kerjaya Generasi Y yang telah diadakan pada 8 November 2012 yang lalu.
Seminar ini berlangsung di Hotel Impiana KLCC bermula jam 9 pagi. Seminar ini dianjurkan oleh CPC UPM dengan kerjasama Majlis Kaunseling Universiti Malaysia (MAKUMA). Sebanyak 3 sesi ceramah telah diadakan termasuk 1 sesi forum.
Pada sesi pertama dimulakan dengan ceramah oleh Prof Dr Shamsuddin bin Baharin dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Senario Kerjaya Dimasa Hadapan. Banyak sungguh maklumat yang disampaikan oleh beliau mengenai senario yang terpaksa dihadapi dalam memohon pekerjaan di masa kini.
Sesi kedua pula diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Mohammed Fadzil bin Che Din dari UPNM. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Halatuju Selepas Alam Persekolahan. Memang penuh maklumat. Tidak kering gusi kami semua ketawa dengan lawak spontan yang diselitkan dalam ceramah beliau. Katanya kesedaran mengenai pemilihan kerjaya ini perlu diterapkan kepada para pelajar sejak sekolah menengah lagi dan bukan hanya di universiti. Ini adalah untuk mengelakkan dari tersalah memilih kursus untuk pelajar.
Sesi ketiga pula diteruskan oleh Prof Datuk Dr. Tajuddin bin Haji Ninggal dari UTM. Beliau juga merupakan Pengerusi MAKUMA. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Kepentingan Pembentukan Profile Kerjaya di Sekolah. Penyampaian yang penuh informasi dengan pengalaman beliau yang sudah lama dalam bidang kaunseling. Perkongsian yang bermakna untuk kaunselor dan pelajar yang turut serta dalam seminar ini.
Sesi seminat berhenti rehat seketika untuk sesi makan dan juga solat. Makanan tengahari di Hotel Impiana memang terbaik! 🙂
Seminar diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk Ketidak Sepadanan Akademik dengan Kehendak Industri Adakah Satu Persepsi atau Realiti. Forum ini dipengurusikan oleh Prof Madya Dr. Mohammad Shattar bin Sabran dengan ahli panelnya Encik Mustaffa bin Md Ali dari Jabatan Tenaga kerja dan En Nik Naharuddin Mohd Nasir dari MDec. Kedua-dua ahli panel memberikan maklumat yang mantap mengenai tajuk yang diperbincangkan. Banyak maklumat terbaru yang saya dapat.
Tahniah buat pihak penganjur yang mengadakan seminar yang penuh berinformasi ini. Semoga seminar seprti ini dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun hadapan. Terima kasih
AM: Teringin nak ke Hotel Impiana lagi. 🙂