Site icon AMIRNAWAWI

Sistem On-the-Go Pertama Diperkenalkan Shopplus

Sistem On-the-Go Pertama Diperkenalkan Shopplus | Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sistem on the go yang diperkenalkan oleh pihak Shopplus.

Untuk makluman semua, pada 8 Ogos yang lalu telah dilancarkan ruang runcit digital oleh pihak Shopplus yang mensasarkan peluang membeli belah produk Taiwan dengan masa yang lebih singkat. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Aloft Kuala Lumpur. Ianya telah dihadiri oleh tetamu kehormat dan juga para peniaga dalam platform Shopplus ini.

Barcakap mengenai Shopplus, ianya berpeluang untuk menjadi platform e-dagang yang berkembang pesat di Malaysia nanti. Ini kerana trend rakyat Malaysia untuk membeli belah dalam talian makin meningkat saban tahun. Innya menjadi indikator akan penerimaan rakyat terhadap portal membeli belah dalam talian ini.

Untuk makluman, Shopplus adalah inisiatif dari Malaysia dan sokongan teknikal dari Taiwan. Banyak benda menarik yang boleh dilakukan melalui platform ini antaranya membeli belah, kongsi dan dapatkan rebat tunai serta merta daripada belian anda. Menarik bukan?

Apa yang lebih menarik, setakat hari ini berbanding platform lain, Shopplus menawarkan 3 kali ganda rebat tunai untuk pembeli. Ianya dijangka mampu menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan platform Shopplus ini. Setakat ini, lebih kurang 10,000 peniaga telah mendaftar di dalam sistem Shopplus ini.

Walaupun platform ini dari Taiwan, namun ianya dapat digunakan secara menyeluruh oleh warga Malaysia untuk membeli belah dan mendapatkan rebat tunai.

Secara umumnya, Shopplus mempunyai 6 kategori utama iaitu fesyen, barangan digital, barangan rumah dan hiasan, sukan dan riadah, barangan bayi dan kanak-kanak dan juga automotif.

Antara barangan yang terdapat di laman Shopplus

Ianya datang dari jenama terkenal yang mampu untuk memuaskan hati rakyat Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia kini sedang bergerak pantas mengikuti industri e-dagang dengan penyediaan zon Perdagangan Bebas Digital. Justeru diarapkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan setiap rakyat mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Orang kuat disebalik platform Shopplus

Shopplus merupakan hasil usaha yang hebat daripada pasukan Taiwan dan Malaysia. Ini kerana Shopplus dihasilkan oleh kepakaran dan pengalaman pasukan dari Taiwan yang telah sekian lama dalam bidang ini. Manakala pasukan Malaysia pula giat memberikan pengalaman pasaran tempatan mengenai industri pemasaran dan juga runcit. Pastinya orang tempatan lebih pakar tentang paten membeli belah orang tempatan bukan? 🙂

Malaysia pada masa hadapan dijangkakan akan menjadi Zon Perdagangan Bebas Digital eWTP, dengan adanya platform Shopplus ini bakal memberikan pulangan yang menarik dan berganda kepada kita warga Malaysia. Jadi sama-samalah kita rebut peluang ini.

Untuk kalian yang ingin mendapatkan maklumat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Shopplus ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti dibawah ini.

Website: www.shopplus.com.my

Facebook : fb.com/shopplus.my

Telefon: 03-61433212

Emel: service@shopplus.com.my

Exit mobile version