Site icon AMIRNAWAWI

Tips Rumah Tangga Bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semunya berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dan bersama keluarga tercinta masing-masing. Kali ini saya menyahut cabaran Abang Denaihati kita untuk menulis entri kasih sayang antara keluarga.

Sebenarnya saya masih belum berkahwin, namun pengalaman lalu yang saya pergi kelas kursus perkahwinan banyak mengajar saya selok belok alam perkahwinan ini (teori sahaja). Dengan pengalaman yang tidak seberapa ada ini ingin juga saya berkongsi dengan anda semua.

Berikut adalah point-point penting apa yang saya perolehi dari kelas tersebut.

 

 

[notice]

1. Hayati erti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya.

2. Kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya. (paham2 sendiri lah ye)

3. Berikanlah pujian dan  penghargaan tanpa meminta nada disanjungi dan dihargai.

4. Buangkan sifat cemburu buta. (Kalau nak cemburu pom biar celik mata, bukan buta..he3)

5. Jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami.

6. Hilangkan perasaan bangga diri dan sombong..(wanita ni agak jual mahal sket.. Ye ke?..he3)

7. Layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

8. Tinggalkan pergantungan pada ibubapa. ( Jangan asyik2 nak ngadu kat mak bapak je)

9. Rajinlah berbincang bersama suami anda cara-cara untuk mendidik anda dengan sempurna.

10. Sentiasalah berdoa agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.

11. Kurangkan membebel. (tips ni aku tambah sendiri..ha3)

[/notice]

 

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Wanita jiwanya lembut, janganlah disakiti dengan pekara-pekara yang tidak disukainya[/pullquote]

Macamana tips-tips kat atas tu? Ok tak?  Kalau ok, share la nga kawan-kawan semua ya, kalau tak ok, bagitau aku ye. Nanti aku boleh baiki tang mana yang salah. Agak-agak para pembaca wanita sekalian boleh ke amalkan tips tu dalam rumah tangga? Bagi yang para bakal isteri tu kena la tahu macamana cara nak uruskan rumahtangga, barulah hidup aman sejahtera. kalau tidak, perang besar la jawabnyer. Si suami tidor kat ruang tamu, si isteri tidoq kat bilik. Tak sekepala la katakan.. Aku ni kasi komen lebih-lebih la plak. Macam orang dah kawin la plak. Excited lebih la katakan..kih3.

Si suami pun kenalah juga mainkan peranan. Wanita jiwanya lembut, janganlah disakiti dengan pekara-pekara yang tidak disukainya..

Apepon para pembaca yang wanita sekalian, adakah anda bersedia untuk mengharungi ombak badai dalam rumahtangga? Kalau dah bersedia, anda dah boleh kawin la tu..hu3.

AM  : Pada yang berkemampuan tu, kawin-kawin lah cepat2. Jangan dok buat benda2 yang xsenonoh. Sakit mata aku nengoknya.. Couple2 tu buat tambah dosa ja..

Macam biasalah, aku akhiri entry ku kali ni ngan pantun;

Naik beca, beli simen,

Sudah baca, harap komen.

Pagi-pagi mandi perigi,

harap2 datang la lagi.

Exit mobile version