Site icon AMIRNAWAWI

#66 Filem dari Indonesia Yang Sarat Dengan Aksi Menarik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam ekadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai filem aksi terbaru dari Indonesia. Filem ini diberi judul #66.

Semua sedia maklum bahawasnaya filem yang dihasilkan oleh karyawan Indonesia sememangnya terbukti berkualiti dan mencapai standard antarabangsa. Saya sendiri merupakan peminat filem aksi dari sana. Karya yang digarap dengan baik sehingga menghasilkan sebuah naskah yang berbaloi untuk ditonton.

Filem #66 ini dilakonkan oleh Asun Mawardi, Donita, Yayu AW Unru, Franki Darmawan, Erwin ST Bagindo, Ali Syehan, Fandy Christian, Djaitov Tigor, Hendra Louis, , Joshua D Pandelaki, dan Ricardo Silenzie. Filem arahan Asun Mawardi ini ditayang serentak di seluruh pawagam Malaysia dan Indonesia pada 17 November 2016.

Berkisarkan tentang #66 iaitu (AsunMawardi) adalah seorang pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh seorang mata-mata polis untuk melindungi sebuah organisasi jenayah, tetapi dia melarikan diri dengan duit upah yang telah dia ambil ke luar bandar tanpa menyelesaikan tugasan yang diberikannya. Dia melakukan sedemikian kerana beliau ingin cuci tangan daripada aktiviti jenayah yang  telah lama dilakukannya.

#66 memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya namun kehadiran dia tidak diterima oleh keluarganya. Ini adalah kerana dia telah menghilangkan diri tanpa khabar berita sehingga membuatkan keluarganya kecewa terhadap #66.

Akhirnya #66 memutuskan untuk bekerja sebagai pemandu kepada gadis jelita yang bernama Fara (Donita) iaitu anak kepada ketua penjenayah.

Berniat ingin keluar dari masa lalunya kini #66 terperangkap lagi di dunia sisi gelap jenayah. Semakin dia mengetahui tentang keluarga Fara, semakin terbukti bahawa mereka bekerja untuk para penjenayah dan adiknya Ari (Ricardo Silenzie) menjadi pengedar dadah. Mereka berdua terseret semakin jauh kerana ditugaskan menghancurkan sarang pemprosesan dadah dan membunuh geng musuh mereka

#66 berusaha untuk berdamai dengan masa lalunya, kegagalannya, dan membangun kembali hubungan dengan ayah dan adiknya.

#66 menghadapi dilema untuk memilih  pekerjaannya atau melindungi keluarganya.

Bagaimana kesudahannya? Tontonilah filem #66 ini dipawagam berhampiran anda.

 

Exit mobile version