Site icon AMIRNAWAWI

Surf This Love Sarat Dengan Elemen Komedi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya., Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai filem Surf This Love.

Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan ada semua mengenai sinopsis filem ini secara terperinci. Darilah awalnya hinggalah kesudahannya. Jika anda masih belum membacanya, bolehlah berbuat demikian di sini.

Sinopsis

Namun dalam entri kali ini saya ingin lebih memfokuskan mengenai review saya tersendiri setelah menonton filem ini. Untuk makluman semua, saya bersama kawan-kawan telah menonton filem ini pada Selasa yang lepas.

Apa yang saya boleh katakan tentang filem ini adalah ianya cukup sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kandungannya tidak hanya melingkari soal cinta, namun terdapat juga soal kekeluargaan yang kuat.

Apa yang menariknya, filem ini menonjolkan aksi sukan luncur air yang dikatakan adalah yang pertama di dalam filem di Malaysia. Kita sendiri juga agak jarang untuk mendengar mengenai sukan luncur air ini di Malaysia. Namun di dalam filem ini, anda akan dapat menyaksikan semua itu.

Babak-babak dan ungkapan dialog antara Siti Lobster dan adiknya Billie menjadikan filem ini lebih menarik. Terdapat lontaran dialog yang cukup mencuit hati sehinggakan seluruh dewan menerbitkan tawa apabila menontonya. Saya juga tidak terkecuali.

Selain itu, elemen cinta juga turut mewarnai filem ini. Billie dan Mia dan juga orang ketiga iaitu Mike Malaya. Terdapat twist menarik dalam filem ini yang saya yakin anda patut menontonnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Mengenai adegan luncur air pula, tidak banyak babak ini dipaparkan. Walaupun tajuk filem ini mengenai luncur air, namun boleh saya katakan yang babak luncur air hanya beberapa peratus sahaja dari keseluruhan filem ini.

Persoalan-persoalan awal yang terdapat dalam filem ini akhirnya terungkai setelah habisnya filem ini. Jadi tiadalah babak yang mana mungkin boleh menyebabkan anda berfikir dengan lebih lanjut.

Tiada maksud yang tidak sampai kepada penonton. Saya yang blur-blur ini pun faham dengan jalan cerita filem ini. Ringkas dan mudah difahami.

Bagi saya tidak rugi untuk anda membawa keluarga anda untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda. Filem yang santai dan sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan.

Exit mobile version