Hutan Lipur Chemerong, Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara
Assalamualaikum dna salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Hutan Lipur Chemerong.
Kat mana letaknya Hutan Lipur Chemerong ni? Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu akan kewujudan hutan lipur ini. Almaklumlah saya ni bukan anak jati Terengganu. Sebab itulah saya tidak tahu kewujudan hutan lipur ini. Namun alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan untuk berkunjung ke sini. Untuk makluman, Hutan Lipur Chemerong ini terletak di Dungun Terengganu ya. Ia terletak di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan hutan Dipterokarp Bukit.
Hutan Lipur Chemerong ini juga masih dara. Kenapa? Kerana ianya dipenuhi dengan kepelbagaian tumbuh tumbuhan semulajadi yang terdapat di sini yang belum dicemari. Di sini terdapat sungai dengan jeram dan air terjun yang bersih. Air mengalir tenang dari puncak gunung hinggalah ke kaki bukit. Ianya sememangnya sesuai untuk anda dan keluarga mandi manda. Segar!
Air Terjun
Hutan Lipur Chemerong ini menawarkan kepada pengunjung air terjun setinggi 305 meter iaitu yang tertinggi di Asia Tenggara. Bangga bukan? Air terjun tertinggi terletak dalam negara kita. Namun setinggi air terjun ini, untuk sampai ke puncak memanglah menguji kesabaran mental dan fizikal. Almaklumlah tinggi la katakan! Sungainya memang bersih dan terdapat kolam-kolam yang sesuai untuk kita mandi manda. Bawaklah keluarga atau kawan-kawan bersama bila datang ke sini. Baru seronok.
Mendaki Gunung
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda bolehlah mencuba untuk mendaki Gunung Berembun yang berdiri megah di Banjaran Titiwangsa. Biasanya pendaki akan mendaki ke Air Terjun Chemerong- Gunung Berembun- Air Terjun Lansir yang melibatkan perjalanan semalam 3 hari 2 malam!
Ya! Sebab itulah saya kata tadi yang pendakian untuk menikmati pemandangan indah ini tidaklah mudah. Namun bagi yang inign mandi manda, cukuplah ke kaki gunung. Airnya juga sudah cukup menyegarkan. 🙂
Anda akan mengalami halangan semulajadi sepanjang pengembaraan anda. Meniti di atas akar pokok kayu dan lorong-lorong yang sempit akan menjadikan pejalanan anda ke Gunung Berembun lebih meninggalkan kenangan. Ketinggian sekitar 1,108 meter pastinya akan menyajikan pemandangan yang indah apabila anda tiba di puncaknya.
Kemudahan
Bagi anda yang teringin untuk ke sini, jangan bimbang kerana di sini kemudahan yang disediakan mencukupi. Terdapat pelbagai jenis kemudahan yang ada untuk anda gunakan seperti:
- Parkir
- Pondok rehat
- Tandas
- Gerai
- Tapak perkhemahan
- Dewan
- Surau
- Jambatan gantung
- Menara pandang
- Tempat memasak
- Lorong pejalan kaki
- Denai interpretasi
- Dan lain-lain lagi
Kawasan ini juga dilengkapi dengan elektrik dan air. Ye la kan, air terjun, takkan takda air pulak kan 🙂
Bagaimana Hendak Ke Sini
Hutan Lipur Chemerong ini terletak sejauh 30 km daripada Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor-Jerangau dan 100 km daripada bandar Kuala Terengganu. Perjalanan yang jauh, jadi anda perlu untuk merancang perjalanan anda jika anda ingin meluangkan masa lebih lama di sini.
Jom mandi!
Ekpedisi ini telah dibawakan oleh aplikasi JJCM dengan kerjasama Pejabat Kerajaan Negeri Terengganu