Apa maksud Keberkatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sedang membaca entri saya ini. Tidak kira yang berada diseluruh pelusuk dunia sekalipun.
Entri kali ini saya bermula dengan soalan. Apakah yang dimaksudkan dengan keberkatan? Acapkali kita dengar perkataan berkat dituturkan namun apakah maksud disebalik persoalan ini?
Jika kecil-kecil dulu selalu juga dipesan oleh orang dewasa,
‘Jangan derhaka kepada ibu bapa, tak BERKAT hidup nanti”
“Belajar tu biar duk depan sekali, BERKAT sikit belajar tu”
“Cium tangan Tok Guru tu, ambil BERKAT”
Banyak jugak penggunaan perkataan berkat dalam kehidupan. Namun apakah maksud berkat itu?
Saya cuba lantunkan persoalan di facebook milik saya, dah beberapa orang memberi komen berkenaan hal ini.
Bagi pemahaman saya pula, apa yang saya dapat semasa belajar bab berkat ini pula, BERKAT ialah walaupun kita buat sedikit, namun banyak kita dapat.
Anda pula apa maksud BERKAT pada pemahaman anda?
AM: Hidup biar berkat