Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan cara membuat ID CIMS CIDB.
Untuk maklumat semua, sekarang proses CIDB menggunakan dalam talian sepenuhnya. Jika sebelum ini kita hanya perlu mengisi borang dan membuat permohonan di pejabat CIDB terdekat. Kini tidak lagi, semuanya menggunakan permohonan dalam talian sepenuhnya.
Permohonan seperti kad hijau ataupun kad personal binaan perlu dilakukan secara dalam talian. Ini merupakan prosedur wajib untuk semua pekerja dalam sektor binaan di Malaysia. Tak kiralah warganegara Malaysia ataupun tidak, semuanya wajib
Jadi apabila semua perlukan kad hijau, maka proses pertama untuk permohonan dalam talian adalah dengan mempunyai ID di sistem CIMS CIDB.
Baiklah, berikut adalah cara untuk membuat ID pengguna di laman web CIDB.
1. Pergi ke laman web CIDB di http://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml
2. Klik pada ikon Sign Up (Seperti dalam bulatan di bawah)
3. Pilih butang Individual ataupun Company. Bagi persedirian, pilih sahaja individu
4. Isi maklumat sepertimana dipohon dalam borang di bawah dan tekan butang Submit
5. Setelah siap isi dan tekan Submit, anda akan menadapat notifikasi seperti di bawah
6. Dan katalaluan dan maklumat akaun akan dihantar kepada email anda. Periksa email untuk mengaktifkan akaun anda. (Sila periksa juga di dalam spam box jika tiada di inbox email anda kerana saya masuk dalam spam box tersebut)
7. Tekan ‘Click here‘ pada email anda untuk mengaktifkan akaun anda. paparan ini akan terbuka apabila akaun anda telah diaktifkan.
8. Siap! Akaun anda sudah aktif. Anda sudah boleh memasuki (login akaun anda) pada ruangan muka depan seperti berikut.
9. Interface atau ruangan dalam CIMS adalah seperti berikut. Ini adalah untuk makluman umum sahaja.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Saya juga baru sahaja mendaftar. masih baru dengan sistem ini. Selepas ini saya akan cuba kongsikan cara untuk memohon kad hijau CIDB menggunakan sistem ini. nantikan ya.
Jika bermanfaat, kongsikan bersama rakan anda yang lain penulisan saya ini.
Terima kasih.
Makluman:
Jika syarikat anda mempunyai sebarang jawatan kosong dalam jawatan (Site Safety Supervisor), boleh maklumkan kepada saya di amiru.nawawi@gmail.com kerana saya sedang mencari kerja dalam bidang ini. Saya merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang. Menyambung pelajaran dalam Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).
Berpengalaman tentang safety sewaktu berpraktikal di Malaysia External Trade Development Centre (MATRADE). Praktikal ini adalah sebahagian daripada kursus saya dalam kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dinyatakan di atas.
Pengalaman kerja yang lain adalah menjadi Pegawai Sambilan Harian Gred E41 di MATRADE dan pengkhususan dalam hal berkaitan pembinaan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), iaitu pusat pameran terbesar Malaysia milik kerajaan.
Mohon jasa baik tuan untuk maklumkan kepada saya jika anda peluang kerja dalam bidang ini kepada (amiru.nawawi@gmail.com) . Terima kasih.