Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan cara terbaru untuk mohon kad hijau CIDB.
Semua sudah sedia maklum bahawasanya sekarang permohonan kad hijau adalah melalui dalam talian (online) sepenuhnya. Maka banyaklah yang masih keliru cara untuk memohon kad hijau ini.
Maka dalam entri ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk mohon kad hijau secara online ini.
Berikut adalah panduan ringkas pendaftaran personal binaan.
Untuk anda yang masih belum membuat ID pengguna untuk sistem CIMS CIDB bolehlah rujuk pada penulisan saya terdahulu di sini. (Klik untuk rujukan pendaftaran pengguna)
Setelah proses pendaftaran akaun diatas selesai, maka anda boleh mulakan dengan pendaftaran. Rujuk imej di bawah untuk memudahkan pemahaman anda mengenai proses pendaftaran personel binaan ataupun untuk mendapatkan kad hijau ini.
1. Layari laman web CIMS CIDB di http://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml
2. Masuk ke dalam sistem CIMS CIDB dengan menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan sebelum ini. (Rujuk disini jika belum mendaftar)
3. Anda akan dibawa ke interface ataupun muka depan sistem CIMS CIDB ini.
4. Tekan butang View Details pada Construction Personnel.
5. Anda akan dibawa ke laman ini. Isi segala maklumat yang diperlukan untuk pembelian pin.
6. Verify dan ikuti langkah seterusnya. Buat bayaran dalam talian (online) ataupun di kaunter. Tunggu SMS nombor pin dihantar kepada anda.
7. Login kembali menggunakan nombor pin yang diperolehi. Isi segala maklumat di skrin. Pastikan maklumat yang anda masukkan itu betul.
8. Pilih tempat/ cawangan CIDB untuk anda mengambil kad tersebut. Anda boleh juga memilih untuk mendapatkan kad secara pos terus kepada anda.
Masih tidak pasti? Rujuk kembali carta alir berikut.
Semoga bermanfaat.
Kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. 🙂
Makluman:
Jika syarikat anda mempunyai sebarang jawatan kosong dalam jawatan (Site Safety Supervisor), boleh maklumkan kepada saya di amiru.nawawi@gmail.com kerana saya sedang mencari kerja dalam bidang ini. Saya merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang. Menyambung pelajaran dalam Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).
Berpengalaman tentang safety sewaktu berpraktikal di Malaysia External Trade Development Centre (MATRADE). Praktikal ini adalah sebahagian daripada kursus saya dalam kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dinyatakan di atas.
Pengalaman kerja yang lain adalah menjadi Pegawai Sambilan Harian Gred E41 di MATRADE dan pengkhususan dalam hal berkaitan pembinaan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), iaitu pusat pameran terbesar Malaysia milik kerajaan.
Mohon jasa baik tuan untuk maklumkan kepada saya jika anda peluang kerja dalam bidang ini kepada (amiru.nawawi@gmail.com) . Terima kasih.