Site icon AMIRNAWAWI

Cara Mohon Kad Hijau CIDB

Updated: (Untuk Makluman, pihak CIDB telah melaksanakan sistem permohonan dalam talian (online) sepenuhnya untuk permohonan kad hijau. Maka penulisan dibawah adalah tidak valid lagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua cara untuk memohon kad hijau CIDB ataupun greencard CIDB.

Untuk makluman semua, sudah menjadi kewajipan untuk semua yang bekerja dalam industri pembinaan di Malaysia untuk mempunyai kad hijau ini. Ini kerana terdapat dalam akta untuk melindungi kepentingan pekerja dan memastikan semua pekerja faham akan kelebihan dan undang-undang yang disabitkan mereka bila bekerja.

Untuk mendapatkan kad hijau ini mudah sahaja. Pertama sekali hendaklah mendaftar di laman web CIDB.

1. Pilih tempat dan masa yang anda inginkan. Terdapat ratusan tempat dan tarikh untuk anda pilih. (Klik sini untuk melihat senarai kursus)

2. Hadir kursus 1 hari di tempat dan tarikh pilihan anda. Terima sijil kehadiran.

3. Bawa sijil kehadiran ke cawangan CIDB yang terdekat dan siap!

 

Bayaran RM50 untuk warganegara Malaysia untuk tempoh 2 tahun dan RM25 untuk warga asing yang permit kurang dari 1 tahun.

Siap! banyak kelebihan mempunyai kad hijau ini. Kalau mati dan sakit pun tak sia-sia lah. Ni ibarat insurans nyawa kita juga.

Jadi! Mohon semua yang masih belum punyai kad hijau untuk pergi dapatkannya.

Updated: (Untuk Makluman, pihak CIDB telah melaksanakan sistem permohonan dalam talian (online) sepenuhnya untuk permohonan kad hijau. Maka penulisan di atas adalah tidak valid lagi)

Tekan link ini untuk makluman berkenaan cara untuk mendaftar ID pengguna untuk sistem baharu CIDB ini

Tekan di sini untuk melihat cara membuat permohonan kad hijau secara dalam talian (Online)

 

 

Makluman:

Jika syarikat anda mempunyai sebarang jawatan kosong dalam jawatan (Site Safety Supervisor), boleh maklumkan kepada saya di amiru.nawawi@gmail.com kerana saya sedang mencari kerja dalam bidang ini. Saya merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang. Menyambung pelajaran dalam Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).

Berpengalaman tentang safety sewaktu berpraktikal di Malaysia External Trade Development Centre (MATRADE). Praktikal ini adalah sebahagian daripada kursus saya dalam kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Pengalaman kerja yang lain adalah menjadi Pegawai Sambilan Harian Gred E41 di MATRADE dan pengkhususan dalam hal berkaitan pembinaan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), iaitu pusat pameran terbesar Malaysia milik kerajaan.

Mohon jasa baik tuan untuk maklumkan kepada saya jika anda peluang kerja dalam bidang ini kepada (amiru.nawawi@gmail.com) . Terima kasih.

 

Exit mobile version