April 26, 2024
Lain-Lain

Cara Mohon Kad Hijau CIDB

Updated: (Untuk Makluman, pihak CIDB telah melaksanakan sistem permohonan dalam talian (online) sepenuhnya untuk permohonan kad hijau. Maka penulisan dibawah adalah tidak valid lagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua cara untuk memohon kad hijau CIDB ataupun greencard CIDB.

Untuk makluman semua, sudah menjadi kewajipan untuk semua yang bekerja dalam industri pembinaan di Malaysia untuk mempunyai kad hijau ini. Ini kerana terdapat dalam akta untuk melindungi kepentingan pekerja dan memastikan semua pekerja faham akan kelebihan dan undang-undang yang disabitkan mereka bila bekerja.

Untuk mendapatkan kad hijau ini mudah sahaja. Pertama sekali hendaklah mendaftar di laman web CIDB.

cidb

1. Pilih tempat dan masa yang anda inginkan. Terdapat ratusan tempat dan tarikh untuk anda pilih. (Klik sini untuk melihat senarai kursus)

2. Hadir kursus 1 hari di tempat dan tarikh pilihan anda. Terima sijil kehadiran.

3. Bawa sijil kehadiran ke cawangan CIDB yang terdekat dan siap!

 

Bayaran RM50 untuk warganegara Malaysia untuk tempoh 2 tahun dan RM25 untuk warga asing yang permit kurang dari 1 tahun.

Siap! banyak kelebihan mempunyai kad hijau ini. Kalau mati dan sakit pun tak sia-sia lah. Ni ibarat insurans nyawa kita juga.

Jadi! Mohon semua yang masih belum punyai kad hijau untuk pergi dapatkannya.

Updated: (Untuk Makluman, pihak CIDB telah melaksanakan sistem permohonan dalam talian (online) sepenuhnya untuk permohonan kad hijau. Maka penulisan di atas adalah tidak valid lagi)

Tekan link ini untuk makluman berkenaan cara untuk mendaftar ID pengguna untuk sistem baharu CIDB ini

Tekan di sini untuk melihat cara membuat permohonan kad hijau secara dalam talian (Online)

 

 

Makluman:

Jika syarikat anda mempunyai sebarang jawatan kosong dalam jawatan (Site Safety Supervisor), boleh maklumkan kepada saya di amiru.nawawi@gmail.com kerana saya sedang mencari kerja dalam bidang ini. Saya merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang. Menyambung pelajaran dalam Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).

Berpengalaman tentang safety sewaktu berpraktikal di Malaysia External Trade Development Centre (MATRADE). Praktikal ini adalah sebahagian daripada kursus saya dalam kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Pengalaman kerja yang lain adalah menjadi Pegawai Sambilan Harian Gred E41 di MATRADE dan pengkhususan dalam hal berkaitan pembinaan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), iaitu pusat pameran terbesar Malaysia milik kerajaan.

Mohon jasa baik tuan untuk maklumkan kepada saya jika anda peluang kerja dalam bidang ini kepada (amiru.nawawi@gmail.com) . Terima kasih.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

42 thoughts on “Cara Mohon Kad Hijau CIDB

    • Boleh pergi ke pejabat CIDB Halim. Kalau kat KL, kat Chan Saw Lin tu. Pergi la renew.

      Reply
      • Kamarulnizzam bin Ahmadun

        Salam,mau Tanya tuan,kalau green kad kita sudah register,seumur hidupkh keahliannya,

        Reply
    • sekarang nak renew atau ganti kad …cidb minta buat secara online..

      Reply
  • wajib ada bagi yg terlibat dalam industri pembinaan..
    dulu-dulu pernah ada juga sindiket buat kad hijau palsu..

    Reply
  • dulu masa blaja kej.awam, ada la kad ni..lepas tu tak keje area tu…biar gitu jek..topi dapat pun tah kemana.ahaha

    Reply
  • yeo teck soon

    Saya yeo, saya tumpng btnya bgaimna cra mmohon cidb blesen persnal. Saya sdah lma bkeja tapi pdaptan sy tak cukupi dan tak pnah ada cidb, sy ingin nak tahu dari mna sy bermula

    Reply
    • Senang sahaja En Yeo, pergi sahaja ambil kursus CIDB di mana-mana lokasi (tekan link yang saya berikan di atas). Hanya RM50 untuk 2 tahun bagi warga Malaysia.

      Reply
  • Mcm mane kalau kad dah expired lame sgt..dah 2 tahun x renew…kna attended kursus jugak ke

    Reply
    • Mazlan Hassim

      3 tahun baru kena ambil balik kursus.
      Kalau 2 tahun, boleh renew saja-saja.

      Reply
  • Lokman

    Salam. Bagaimana cara nak buat utk pekerja asing? Adakah wajib company yg submit atau boleh hantar mereka pergi secara persendirian?

    Reply
      • Hari ni ade la org mari promot buat kad..tapi kena byr 100 ..tapi bayaran masa pergi khusus

        Reply
  • Kalau syarikat menghantar pekerja seramai 40orang untuk mengikuti kursus Kad Hijau CIDB. Bayaran boleh clain daripada PSMB ka?

    Reply
  • Julfhikal

    Asalamualaikum nak tanya dulu saya ada cidb masa tu guna pasport.sekrg guna ic merah.baru baru ni kad CIDB saya saya hilang.jadi apa yg perlu saya lakukan.

    Reply
  • Salam .. tumpang tanya smsa pergi kursus ap prlu dibawa .. pastu klu belom kerja , nk g cop suruhanjaya tu ap kne bwak ?

    Reply
  • Syed afiq alkaff bin syed abu bakar

    Salam tumpang tanya .. ap yg prlu dibawa smsa pegi kursus .. lpas tu klau masih belom kerja , ap yg kne bawak nk g cop suruhanjaya ?

    Reply
  • Haizad Nazri

    Sy nak tanya..permohonan kad hijau CIDB nie blh apply persendirian ke atau perlu dgn syarikat..sy bekerja sendiri..pendapatan bergantung pada kerja yg sy dapat..

    Reply
      • permhonan ditolak atas alasan syarikat tidak mendaftar cidb. ape yg perlu dibuat ye?

        Reply
  • Nor Rizan

    assalam…nak tanya cara check permohonan kursus yang telah dihantar..samaada dah lulus ke belum

    Reply
    • Lulus ke belum? Maaf, saya tak faham. Untuk kad hijau CIDB, hanya perlu pergi kursus dan dapatkan slip kehadiran dan pergi buat kad di cawangan CIDB. Tiada istilah lulus gagal jika encik mengikuti kesemua perjalanan kelas yang dibuat seharian.

      Reply
      • muhamad hafizzul ashraf bin zulkarnain

        Assalamaualaikum..saye nak tanye klau nk buat kat hijau to. .Ape yg perlu bawak n macam mane care nak daftar online

        Reply
  • norrizan

    assalam….lupa cara cheque status permohonan kad hijau

    Reply
  • intan

    just nak tanya, kalau nak hantar wakil nak ambil cidb card tu untuk workers, apa yang perlu saya bawa ye?

    Reply
      • intan

        kursus dah hadir, ok macam ni, saya nak ambil kad hijau untuk pekerja saya. so ada apa2 dokumen tak yang saya perlu bawa?

        Reply
        • Oaa. Maksudnya pembayaran semua dah dibuat la? Bawak sahaja la resit pembayaran tempoh hari. Bawa juga salinan IC atau pasport untuk pengesahan

          Reply
  • khoir

    permhonan ditolak atas alasan syarikat tidak mendaftar cidb. ape yg perlu dibuat ye?

    Reply
  • Ammar Rasis

    Dah pergi kat lama rasmi CIDB tapi tak jumpa colum untuk new registration for green card,boleh sape2 tolong tunjukkan?terima kasih semua

    Reply
  • macam mana nak renew cidb warga asing??

    Reply
  • nak tya. klu kita aply kad hijau utk sendiri mcm mana? sb pernah buka link daftar kursus dan pilih tarikh utk kursus dlm personal tp byak yg nak isi termsk id syarikat. mcm mana tu? sb slgi tak isi 5 page tu kita tak dpt pergi ke pilih tarihk kursus. sdgkan permohonan persendirian kita mana ada syarikat company sgla. tak faham la.

    Reply
  • yang terbaru ni saya tak paham macam mana nk renew cidb

    Reply
  • Fadzlin Binti Hamzah

    Boleh ke hantar wakil untuk pengambilan kad hijau?
    Dokumen apa yang perlu di bawa oleh wakil syarikat?
    Pembayaran telah di buat.

    Reply
  • hendry jilen

    Skrng klau nk buat kad cidb brapa kosnya tu?. Sya pelajar kolej komuniti ambil kursus sijil pemasangan elektrik. Jadi, masa Latihan Industri perlu kad hijau tu.trima kasih

    Reply
    • Bayaran kursus percuma, cuma bayaran untuk mendapatkan kad tu yang kena bayar

      Reply
  • aminyai

    bila sllu tarikh cidb bt kursus ye dan selalu dimna dia bt,,sy nak daftar tp xtau dkt mna tmpt nya

    Reply
  • Rizan bin jalinau

    Memohon kad hijau(cidb)

    Reply
  • Rizan bin jalinau

    Memohon kad hijau

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *