December 9, 2024
Hal-hal Semasa

Cara Terbaru Mohon Kad Hijau CIDB

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan cara terbaru untuk mohon kad hijau CIDB.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya sekarang permohonan kad hijau adalah melalui dalam talian (online) sepenuhnya. Maka banyaklah yang masih keliru cara untuk memohon kad hijau ini.

Maka dalam entri ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk mohon kad hijau secara online ini.

Berikut adalah panduan ringkas pendaftaran personal binaan.

Untuk anda yang masih belum membuat ID pengguna untuk sistem CIMS CIDB bolehlah rujuk pada penulisan saya terdahulu di sini. (Klik untuk rujukan pendaftaran pengguna)

Setelah proses pendaftaran akaun diatas selesai, maka anda boleh mulakan dengan pendaftaran. Rujuk imej di bawah untuk memudahkan pemahaman anda mengenai proses pendaftaran personel binaan ataupun untuk mendapatkan kad hijau ini.

1. Layari laman web CIMS CIDB  di http://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml

2. Masuk ke dalam  sistem CIMS CIDB dengan menggunakan Username dan Password yang telah didaftarkan sebelum ini. (Rujuk disini jika belum mendaftar)

3. Anda akan dibawa ke interface ataupun muka depan sistem CIMS CIDB ini.

4. Tekan butang View Details pada Construction Personnel.

5. Anda akan dibawa ke laman ini. Isi segala maklumat yang diperlukan untuk pembelian pin.

6. Verify dan ikuti langkah seterusnya. Buat bayaran dalam talian (online) ataupun di kaunter. Tunggu SMS nombor pin dihantar kepada anda.

7. Login kembali menggunakan nombor pin yang diperolehi. Isi segala maklumat di skrin. Pastikan maklumat yang anda masukkan itu betul.

8. Pilih tempat/ cawangan CIDB untuk anda mengambil kad tersebut. Anda boleh juga memilih untuk mendapatkan kad secara pos terus kepada anda.

Masih tidak pasti? Rujuk kembali carta alir berikut.

Semoga bermanfaat.

Kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. 🙂

 

Makluman:

Jika syarikat anda mempunyai sebarang jawatan kosong dalam jawatan (Site Safety Supervisor), boleh maklumkan kepada saya di amiru.nawawi@gmail.com kerana saya sedang mencari kerja dalam bidang ini. Saya merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Pahang. Menyambung pelajaran dalam Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills).

Berpengalaman tentang safety sewaktu berpraktikal di Malaysia External Trade Development Centre (MATRADE). Praktikal ini adalah sebahagian daripada kursus saya dalam kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dinyatakan di atas.

Pengalaman kerja yang lain adalah menjadi Pegawai Sambilan Harian Gred E41 di MATRADE dan pengkhususan dalam hal berkaitan pembinaan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), iaitu pusat pameran terbesar Malaysia milik kerajaan.

Mohon jasa baik tuan untuk maklumkan kepada saya jika anda peluang kerja dalam bidang ini kepada (amiru.nawawi@gmail.com) . Terima kasih.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

39 thoughts on “Cara Terbaru Mohon Kad Hijau CIDB

  • Pingback: Cara Mohon Kad Hijau CIDB - AMIRNAWAWI

  • Bila baca artikel ni baru teringat…
    Dah lama tak renew kad hijau cidb…
    Kad CIDB saya dah mati pada 15/10/2011..
    Dah dekat 6 tahun dah rupanya kad CIDB saya dah mati… huhuhu…

    Reply
    • nk buat kad ni kene byar brape ye?

      Reply
      • Kursus – RM25
        Kad Hijau – RM25/year max 5 year

        Xtau la betul ke tak.

        Reply
  • Mohd syahban

    Salaam. Nama saya Mohd Syahban. Saya nak masuk intern 17 julai. Masalahnya kelas kursus dah penuh di kawasan berdekatan saya. Saya berasal dari sri aman sarawak. Macam mana saya nak cari sesiapa yang mengadakan kursus di luar. URGENT. terima kasih

    Reply
    • Boleh WhatsApp Dev Kat +60146413952

      Reply
  • Muhammad Afizi

    Habis tu tak perlu kursus?

    Reply
  • Hi, May I know what are the steps involved while renew the green card through online?
    I am still not clear with the system?
    Kindly reply me as soon as possible.

    Reply
  • Hi, do you know what are the steps for renewal of green card?
    I was not clear with the system.
    Kindly reply me as soon as possible.

    Reply
  • Panjang juga prosedur untuk memohon kad hijau cidb ini tapi bila dah ada nanti senang lah nak wat kerja.

    Reply
  • pasal no id cidb majikan tu macam mana.. saya kurang faham.. benda tu mcm mana saya nk cri..

    Reply
  • Saya nak renew kad hijau tp still tak boleh.daj ikut step yang ditunjukkan tapi page yang PURCHASE PIN tak keluar pun..pls help me.

    Reply
    • Putri

      New & Renew Kad Hijau boleh whatsapp Putri 0126359192

      Reply
      • Raffar jaafar

        Saya baru nk buat

        Reply
    • btol2…sy buat dr tahun lpas sampai skang x lpas…nangis buat…siapa knal mn2 runner…tolong inform sy…x mampu dh nk buat ikut lmn web ni huhu

      Reply
  • Kalau proses pembaharuan green card mcm mana pulak ye?

    Reply
    • Putri

      sesiapa yang nak mohon kad hijau atau nak renew boleh whatsapp Putri 0126359192

      Reply
  • sistem upgrade (2017) ni makin menyusah kan kite utk renew….sepatutnya makin upgrade makin senangkan pemohon nak renew card..ini tidak..makin complicated..siap nak kene beli no pin lah..isi form yg dah berkurun nk kene ingat…kt mne amik course..tarikh bile course..bla bla bla…..hmmm…

    Reply
  • mangsa keadaan😫

    saya baru nak memohon kad hijau ni (SICW dah amik pun) buat online,berjam2 xdpt2 buat pening,bnyak sangat data nak masukan.saya ni sekolah x tinggi tapi semua data nak sijil macam2.bila call hotline payah nak dapat last2 kena pergi balik ke tempat amik kelas tu kena bayar rm30.00….haizzzzz…..
    ada birokrasi k submit online dgn direct kelas tu?

    Reply
  • lancau cidb

    macam pundek portal cidb skrg, menyusahkan rakyat,menyusahkan pekerja.Mentaliti kelas ketiga

    Reply
    • mungkin saudara belum mahir dan belum memahami sistem cims cidb

      kalau memahami dan mahir saudara akan merasakan ini adalah sistem yang amat mudah

      Reply
  • nani

    seriously…
    Saya pun tak lepas2 ni nak renew green card….sakit hati pun ada nih. Dah 2 hari duk mengadap sistem ni. Tak faham langsung apa dia nak.
    Fon mmg tak pernah diangkat. Benci pun ada dah ni.

    Reply
  • Mohammad sofi

    Klu x ad mjikan blh buat ke?????

    Reply
  • SALAM, HI MACAM MAHU TUKAR MAKLUMAT DALAM PENDAFTARAN CIDB NIE. SAYA ADA ISI BAHAGIAN COMPANY DAN EXPERIENCE. SO, SAYA MAHU KASIH KOSONG NIE BAHAGIAN. TOLONG BAGI PENJELASAN BAGI SESIAPA YANG TAHU. TERIMA KASIH.

    Reply
  • efa ezza

    saya nak tanya, saya ada green card masa saya belajar. sekarang saya sudah bekerja. macam mana nak update kad cidb saya?

    Reply
  • MUHAMMAD RAZAK MOOSA

    bagaimana cara nak upload cert kursus cidb..untuk mendapatkan kad hijau ..di dalam web cidb.

    Reply
  • firdaus

    dekat sini kita perlu attend kursus dulu baru boleh apply online ke? sebab bahagian safety course saya skip sebab tak attend mana2 kursus lagi.. bila isi form online tak boleh proceed sebab takdak safety courses.

    Reply
    • kalau tak pernah ada kad hijau atau dah luput lebih 2 tahun perlu hadir krusus dan perlu mendaftar on line untuk ikut krusus dimana tempat anda boleh hadir

      Reply
  • Letchumy Kanthan

    This green card use for what and why we need this card for. Pls advice

    Reply
    • If you work in any industries in Malaysia, you need to have green card. This is requirement from Malaysia government. This also included foreign workers.

      Reply
  • Mohd Azman Bin Saidan

    Salam.. saya sudah try sign up tapi tidak dapat. Ada kah sebab kad cidb saya sudah tamat tempoh selama 3 tahun? Tolong bagi pencerahan sedikit?

    Reply
  • saya nak tukar status dari pelatih binaan kepada status lain mcm mana ye?

    Reply
  • Mcm mna ye? Klu kad cidb dah tamat tempoh 8.2 baru ni.. Sbb xtau psl dftr online ni.. Jd masih boleh ke nk dftr online je?

    Reply
    • boleh dan x perlu hadir krusus sebab baru tamat tempoh

      Reply
  • Green kad ni, kalau syarikat x berdaftar dgn cidb, pekerja boleh buat sendiri tak?

    Reply
  • Kalau buat cidb kad hijau ni tanpa majikan boleh tak ? maksudnya buat secara persendirian tanpa masukkan no pendaftaran syarikat majikan ? boleh tau tidak ya ? Macam mana caranya ?
    TOLONG BAGI MAKLUM BALAS kpd eenadine245@gmail.com

    Reply
  • Akif

    kalau nak senang boleh terus daftar di website http://www.kursuscidb.com . Diaorang dah mudahkan kat situ. Leceh gila daftar di website cims cidb tu

    Reply
  • nizam

    blh saya tahu kat mana ya nak buat kad hijau cidb klau kat kelantan

    Reply
  • mohamed apandi husain

    nak renew boleh wasap saya 0178162804 -edi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *