Dettol Deep Cleanse Menjaga Kulit Anda Sepanjang Masa
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada akeadaan sihat hendaknya. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan mengenai Dettol Deep Cleanse iaitu variasi sabun keluaran Dettol yang terbaru.
Semua sedia maklum, bila sebut sahaja jenama Dettol kita pasti kenalinya sebagai sabun anti kuman. Saya sendiri juga pengguna Dettol sejak dahulu lagi. Mana tidaknya kalau ada masalah kulit, pastinya Dettol cukup membantu.
Kali ini Dettol hadir dengan variasi Dettol Deep Cleanse. Sabun Dettol ini dilancarkan untuk menjaga kesihatan kulit anda dengan membersih jauh ke dalam liang roma. Selain itu juga, variasi terbaru ini sememangnya akan membasmi bakteria yang ada pada kulit anda.
Inovasi terbaru daripada Dettol ini adalah dengan mengambil maklumbalas daripada pengguna sebelum ini yang inginkan lebih manfaat daripada penggunaan sabun. Jika sebelum ini ianya hanya membasmi kuman, namun ciptaan terbaru ini mampu juga untuk memberikan maafaat kepada kulit pengguna. Ianya selaras dengan tuntutan daripada pengguna Dettol.
Variasi Dettol Deep Cleanse ini boleh didapati delam bentuk cecair dan juga sabun buku. Ianya mengandungi 100% sari aprikot asli untuk memberikan kesan pengelupasan kulit mati yang lebih baik. Ketiadaan kulit mati akan memberikan anda kulit yang lebih cerah dan baru.
Dengan formula yang mampu membasmi kuman dan kotoran, ianya amat sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga di samping wangian dan kesegarannya yang tahan lebih lama.
Bertempat di Bangsar South tempoh hari, telah diadakan majlis pelancaran bagi variasi Dettol Deep Cleanse ini. Ianya telah dihadiri oleh pelbagai media tempatan dan juga selebriti jemputan.
Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut adalah Nana Mahazan, Cupcakes Aisyah dan juga Dr Abrizah Ousman, seorang pakar dermatologist dan juga pakar aestatik.
Pelbagai perkongsian telah diberikan oleh mereka selaku panel jemputan yang pastinya berkisar tentang kekeluargaan dan gaya hidup yang aktif.
Variasi Dettol Deep Cleanse Body Wash ini boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka negara dengan pelbagai pilihan saiz iaitu 225ml pada harga RM6.90 dan 850ml pada RM20.25. Bagi pek isian semula pula, ianya boleh didapati pada harga RM15.67 untuk 800ml. Untuk sabun buku pula RM10.45 untuk 105g.
Dettol memang terbaik… masa keci-kecil dulu memang selalu guna Dettol..
Tapi bila masing-masing dah besar ni, sekai sekala jer dapat beli Dettol..