Chow Kit Trade Center (CKTC) – Mercu Tanda Penuh Warisan

Chow Kit Trade Center| Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai mercutanda baru yang dibina di Chow Kit iaitu Chow Kit Trade Center (CKTC).

Semua sedia maklum yang Chow Kit menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia dalam pembentukan negara bangsa kita sekarang. Di sinilah segala transaksi perniagaan yang berlaku sejak dulu. Keadaan dan kawasannya yang berada di ibu kota menjadikan kawasan ini ibarat lubuk emas untuk peniaga.

Mengambil inisiatif tersebut, pihak Vinsoon Group mengumumkan pembinaan CKTC untuk menyemarakkan lagi urusniaga di Chow Kit. Dengan pembinaan CKTC ini akan menjadikan ianya pusat sehenti jualan herba-herba Melayu, produk kosmetik, alatan dapur yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dato’ Micheal Lim, Vinsoon Group berucap di majlis tersebut

Dato’ Micheal Lim iaitu pengasas Vinsoon Group berkata, pembinaan CKTC ini merupakan satu pelaburan yang baik memandangkan Chow Kit sedang pesat berkembang sejajar dengan perkembangan Kuala Lumpur dan bandar yang lain di dunia. Pembinaan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak pemaju, pelabur dan peniaga di CKTC.

Pelan pembinaan CKTC dikawasan pesat membangun

Walaupun projek dibuka kepada pembeli pada Februari 2017, namun sebanyak 50% daripada keluasan lantai telah dibeli oleh pihak peniaga! Wow sungguh mendapat permintaan tinggi ya kawasan ini. Disasarkan penjualan 100% tapak adalah pada bulan Disember 2017. Laku keras!

Pembangunan projek ini dijangka akan tamat pada 2019. Dengan memfokuskan jualan  produk kosmetik, alatan dapur, herba-herba Melayu yang diimport dari China, Thailand, Korea, Indonesia dan juga dari pelbagai negara lain di pelusuk dunia.

Antara tarikan menarik yang terdapat di CKTC adalah:

  • Ruangan makan di atas awan dengan berkonsepkan Melayu. Ianya dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini selain sajian makanan tempatan yang enak dan pelbagai.
  • Kawasan yang strategik kerana di kelilingi oleh pelabagai pengangkutan awam yang pesat di ibu kota. Selain itu juga, ianya merupakan tempat yang mudah unutk dijejaki melalui berjalan kaki dari tempat tumpuan pelancong.
  • Gedung membeli belah yang kontemporori yang dibina dengan senibina moden dan dikelilingi dengan pembangunan komersil yang lain.
  • Pembangunan bebas di kawasan strategik di samping berhubung terus dengan hotel antarabangsa di Malaysia.

Semoga adanya CTKC ini bakal mengembalikan kegemilangan Chow Kit sebagai antara pusat peniagaan yang terkenal pada zaman dahulu. Semoga legasi ini berterusan pada masa-masa akan datang.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge