Siemens Melancarkan Buku Aktiviti “My Train-Ventures” Sempena Pembukaan MRT Fasa 2
Pelancaran buku “My Train-Ventures”| Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pelancaran buku “My Train-Ventures” oleh pihak Siemens Malaysia sempena pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh Kajang.
Untuk makluman semua, Siemens telah melancarkankan buku “My Train-Ventures” ini sempena pembukaan MRT Fasa 2 yang lalu. Pembukaan MRT Fasa 2 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Selaku pembekal kepada kereta api moden MRT tersebut, Siemens melancarkan buku ini dengan mensasarkan golongan kanak-kanak.
Buku ini dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman pengangkutan awam dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Majlis ini telah dihadiri oleh ramai kanak-kanak yang teruja dengan buku ini. Majlis telah dimulakan dengan persembahan flashmob oleh warga Siemens sendiri. Wah! Menarik sungguh tarian daripada abang dan kakak Siemens ini. Tarian mereka diiringin dengan lagu Lokomotif sesuai dengan tema kereta api.
Selain itu juga, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang berlangsung pada hari tersebut. Antaranya perasmian rasmi buku ini di pentas utama. Buku ini telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia iaitu Encik Prakash Chandran diiringi oleh Ben Chong selaku Ketua Pembangunan Perniagaan Siemens Malaysia.
Selain itu juga, gimik pemberian buku ini kepada kanak-kanak terpilih telah diadakan. Ianya cukup meriah sekali dengan kehadiran dan keterujaan kanak-kanak yang ingin mendapatkan buku ini.
Untuk makluman, buku ini telah dihasilkan untuk tiga kumpulan yang berbeza dengan kandungan ilustrasi yang menarik dan cerita yang menghiburkan. ianya pasti memberikan poengalaman pembelajaran yang berbeza kepada anak-anak kecil. Ini kerana ia menggabungkan pengembaraan imaginasi dengan unsur-unsur keseronokan yang mentransformasikan pengalaman pembacaan kanak-kanak.
Selain itu juga, diadakan pertandingan mewarna, cabaran Sudoku dan pertandingan Build Your own Train. Terdapat juga badut yang menghiburkan kanak-kanak dengan seni gubahan belonnya yang menarik.
Encik prakash Chandran berkata bahawasanya beliau bersyukur dan gembira kerana berjaya membekalkan kesemua 58 set kereta api automatik tersebut dalam masa yang singkat seiring dengan sistem keseluruhan kereta api.
Jika sebelum ini semasa pelancaran MRT fasa 1, aktiviti lain telah dilaksanakan. Namun bagi fasa 2 kali ini, pengeluaran buku aktiviti seperti ini dilihat satu usaha yang bagus untuk menyebarkan kesedaran pengangkutan awam moden.
Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat memberikan kesedaran yang mendalam kepada kanak-kanak tentang kepentingan pengangkutan awam kepada negara sejak dari kecil lagi.
Dah lama tak dengar sebarang program JV dengan Siemens… Dulu kalau tak silap kawan saya rajin juga masuk kursus dengan Siemens ni…