Makanan Yang Berbaloi Untuk Poket & Perut Anda Di Tony Roma’s

Makanan Yang Berbaloi Untuk Poket & Perut Anda Di Tony Roma’s | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca blog saya pada kali ini . Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman makan di Restoran Tony Roma’s.

Semua sudah sedia maklum, jika sebelum ini terdapat pelbagai jenis restoran yang menghidangkan makanan barat. Tidak terkecuali, Tony Roma’s adalah salah satu daripadanya. Tony Roma’s merupakan sebuah restoren fraincais daripada Amerika. Ianya memenuhi standard yang ditetapkan oleh induk restoren ini di sana.

Jika sebut sahaja tentang stik, rib ataupun makanan barat, pastinya ada satu stigma yang muncul dalam fikiran kita iaitu,

Mahal ke harga makanan ni?

Ya! Saya juga tidak terkecuali memikirkan tentang persoalan tersebut. Mana tidaknya sebelum ini kita digembar gemburkan dengan harga makanan sebegini mahal. Namun! Semua itu adalah sama sekali.

Setelah berpeluang untuk menikmati makan di Restoran Tony Roma’s ini, saya mendapati bahawasanya makanan yang disediakan di sini cukup berpatutan dan sesuai untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Tambahan sekarang tengah berlangsungnya promosi untuk set makanan tengahari yang dikenali sebagai Tony Roma’s Value Lunch Deal.

Antara makanan yang sedang dipromosi adalah Bountiful Beef Ribs atau New York Steak.

Untuk penggemar ayam pula, terdapat White Barbeque Chicken, Fire Grilled Harvest Valley Chicken ataupun Chicken Caprese Pasta.

Untuk set makan tengahari yang lebih menarik, anda boleh juga mencuba Bountiful Beef Ribs with Fish & Fries dan juga Bountiful Beef Ribs with Lamb Cevapi. Pasti membuka selera makan anda. Saya telah mencubanya dan, umphhh memang terbaik. Porsinya cukup besar. Pastikan anda bawa kawan untuk berkongsi-kongsi makanan anda.

Buat anda yang inginkan makanan yang lebih ringan dan tidak terlampau berat bolehlah mencuba seleksi salad terkenal Tony Roma’s iaitu Tony’s Asian Salad with Grilled Chicken ataupun Chicken Caesar Salad.

Setiap set didatangkan dengan semangkuk sup dan juga air minuman ringan. Dan yang paling penting adalah minuman ini boleh diisi semula secara percuma!

Terdapat juga pencuci mulut yang boleh dipilih secara tambahan (add-on)

 

Set yang dimasukkan dalam promosi waktu makan tengahari ini digubah khas untuk penggemar Tony Roma’s kerana ianya boleh dikatakan sebagai mampu untuk dinikmati oleh semua. Tiada kejutan untuk anda waktu pembayaran ya.

Dengan keadaan restoran yang santai dan menyamankan pasti akan memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada anda dan kawan-kawan anda untuk menikmati makanan di sini. Ruangan untuk berkumpul secara beramai-ramai juga ada. Jadi ajaklah kawan-kawan anda untuk datang dan adakan majlis di sini. Pasti meriah!

Promosi set makan tengahari Tony Roma’s ini diadakan sepanjang tahun bermula dari 11 pagi hinggalah 3 petang. Tony Roma’s Value Deal ini boleh didapati di kesemua rangkaian restoren Tony Roma’s kecuali di IOI City Mall dan Komtar JBCC.

Harganya pun cukup berpatutan iaitu bermula hanya dari RM16.90 di rangkaian restoren yang terpilih.

Memang lepas ni makan rib dan stik jelah saya nampaknya. Memang keduanya adalah makanan kegemaran saya. Bak kata pepatah, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Jadi tunggu apa lagi, tak sabar rasanya saya ingin menyerbu restoren Tony Roma’s ini lagi.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenama Tony Roma’s ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah.

Facebook:

Tony Roma’s Malaysia

Insrtagram:

TRMalaysia

Twitter:

TRMalaysia1

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Makanan Yang Berbaloi Untuk Poket & Perut Anda Di Tony Roma’s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge