Konsert ‘My Journey’ Shila Amzah di Genting Highlands

Konsert ‘My Journey’ Shila Amzah di Genting Highlands  | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca blog saya pada kali ini . Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Konsert ‘My Journey’ Shila Amzah di Genting Highlands.

Konsert ini dianamakan My Journey kerana ianya diambil dari almbunya yang terbaharu. Selain itu juga ia dinamakan sebegitu sempena mengenangkan perit jerih perjalanan hidupnya dalam bidang seni ini sehingga dia berjaya kecapi apa yang dia ada sekarang.

Setelah 5 tahun berada di negara tembok Besar China, Shila akhirnya kembali ke negara kelahirannya untuk mengadakan konsert di sini. Setelah memengangi pertadingan Asian Wave di taiwan beberapa tahun lalu, Shila tidak menoleh kebelakang dan terus melebarkan sayapnya ke negara China tersebut.

Ditanya mengenai pemilihan lagu pada persembahan tersebut, Shila menyatakan bahawa dia akan menyanyi banyak jenis genre lagu. tidak hanya tertumpu pada lagu Melayu dan Cina sahaja. Yang menjadi kejutan adalah dia akan menyanyikan lagu Tamil juga! Wow! Serba boleh sungguh artis kita seorang ni.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi Shila di pasaran antarabangsa adalah Penyanyi Perempuan Terbaik di Anugerah Muzik Cina ke-15, Artis Perempuan Terbaik (Hong Kong dan Taiwan) pada Anugerah Muzik Guangzhou 2015, dan Penyanyi Perempuan Terbaik (Hong Kong Dan Taiwan) di Anugerah Muzik Pioneer 2016. Pencapaiannya juga termasuk  dinamakan Artist Perempuan Terbaik Dunia di Anugerah Muzik Dunia.

Bagi kejayaan Shila dalam negara pula pastinya tidak terhitung, namun kejayaan yang terbesar adalah kejayaan sebagai artis wanita terbaik di Anugerah isdustri Muzik baru-baru ini. tahniah Shila!

Dengan keadaan beliau yang berhijab dan perwatakan ceria, selain lagu dan persembahannya yang hebat pastinya banyak yang tertawan dengan beliau.  Jadi jom tunggu apa lagi. Dapatkan tiket ke konsert Shila sekarang.

Tiket untuk Shila Amzah “My Journey” Live in Malaysia 2017 adalah pada harga RM318 (VIP), RM248 (PS1), RM188 (PS2), RM138 (PS3) dan RM108 (PS4). Genting Rewards Card (GRC) members akan mendapat 10% diskaun.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi +603 2718 1118 atau lawati  www.rwgenting.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge