Dewan Raja Muda Musa Shah Alam, Tempat Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat terbaik untuk anda yang berada di Shah Alam untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda. Tempat yang dimaksudkan adalah Dewan Raja Muda Musa Shah Alam.

Zaman sekarang, tempat yang terbaik untuk dilangsungkan adalah di tempat yang sudah menyediakan pakej perkahwinanan. Kenapa saya bercakap sebegitu?

Kerana zaman sekarang agak sukar untuk mengadakan majlis rewang tambahan pula di kawasan bandar yang kesempitan tanah dan tempat untuk melangsungkan majlis. Para pengantin dan keluarga juga tidak perlu untuk bersusah susah untuk meikirkan tentang perjalanan majlis kerana semuanya sudah tersedia.

Oleh yang demikian, Dewan Raja Muda Musa (DRMM) merupakan lokasi yang terbaik bagi anda yang berada di Shah Alam untuk anda melansungkan majlis hari bahagia anda. baiklah jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai DRMM ini.

DEWAN RAJA MUDA MUSA (DRMM) merupakan salah satu fasiliti utama yang terdapat di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS). Ia mula beroperasi sejak tahun 2012 dan pejabat pengurusan terletak di aras 4, KBKNS.

DRMM berasa dibawah Pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM). Dewan  bankuet ini sering kali menjadi pilihan sebagai lokasi untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, majlis korporat, majlis makan malam , karnival jualan, karnival sukan dan lain- lain acara.

Dengan berkeluasan 1,776 meter persegi dan ketinggian dewan yang melebihi 16 meter, DRMM adalah dewan yang berkapasiti besar di Shah Alam dengan kemampuan menampung 3000 ke 4000 tetamu dalam satu masa bergantung kepada susun atur.

Pakej Perkahwinan

Di DRMM ini anda boleh memilih tema yang disediakan. Susun atur dan hiasan dewan akan diuruskan oleh pihak mereka. Anda hanya datang meraikan majlis anda sahaja. Tanpa perlu berusah payah memikirkannya. Antara tema yang boleh dipilih adalah:

  • Melayu
  • India
  • India Muslim

Setiap tema didatangkan dengan pakej yang berbeza mengikut citarasa dan bajet anda. Namun saya pasti apa yang disediakan oleh pihak DRMM adalah yang terbaik untuk anda.

Untuk pakej Melayu contohnya, berikut adalah beberapa pakej yang anda boleh pilih.

Menarik bukan? Apa yang pasti anda akan mendapat banyak tambahan dalam pakej seperti yang tertulis di atas. Namun tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Jadi buatlah tempahan sekarang utnuk secure tempat anda.

Untuk pakej perkahwnan yang lain bolehlah anda layari laman web mereka seperti yang saya kongsikan di bawah ini.

Fasiliti

Mengenai kemudahan ataupun fasiliti yang ada di sini, apa yang boleh saya katakan adalah anda tidak perlu rungsing dan bersusah payah untuk memikirkannya kerana ianya cukup lengkap untuk sesuatu majlis diadakan di sini. Pekara pertama bila melibatkan hadirin yang ramai adalah masalah parkir. Namun di DRMM ini, terdapat kemudahan tanah lapang untuk tetamu anda parkir kenderaan mereka.

Selain itu juga, kemudahan asas yang lain seperti tandas, dan surau juga tersedia. InsyAllah ianya selesa dan mencukupi untuk kesemua hadirin. Tak hanya dengan itu, terdapat juga ruangan VVIP ataupun ruangan menunggu untuk digunakan oleh pengantin . Bolehlah berada di sini sementara menunggu majlis berlangsung.

Peta Lokasi

Dewan Raja Muda Musa 
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
WhatsApp: +6 011 – 1301 0276
Tel Pejabat: +6 03 – 5512 5582 / +6 03 – 5511 8236

Website | Facebook | Instagram

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Dewan Raja Muda Musa Shah Alam, Tempat Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge