Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry
Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai majlis sambutan hari raya dan pelancaran buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry.
Untuk makluman semua, CuteCarry merupakan nama timangan kepada Tuan Hafiz Mustapha. Tuan Hafiz merupakan seorang pakar perunding imej yang terkenal di Malaysia. Namanya cukup dikenali kerana sering kali muncul di kaca televisyen untuk berbicara soal penataan gaya dan juga imej.
Berkecimpung dalam bidang ini sejak beberapa tahun yang lalu menjadikan beliau cukup berpengalaman dalam bidang yang diceburinya ini. Sebelum ini beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Namun minat mendalam dalam bidang ini menyebabkan beliau meneruskan kerjayanya dalam bidang ini. Berpesonaliti ceria dan happy go lucky membuatkan Tuan Hafiz mudah mesra dan rapat dengan ramai orang.
Ok! Mungkin itu sedikti pengenalan untuk tuan hafiz.
Sambutan Hari Raya & Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’
Pada penghujung Syawal yang lalu, telah diadakan majlis sambutan hari raya dan juga pelancaran buku daripada Tuan Hafiz sendiri. Ianya telah diadakan cukup meriah di pejabat urusan CuteCarry sendiri di Puchong.
Terdapat ramai hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Tidak kira dari para klient, kenalan, orang ramai, media dan juga ahli keluarganya sendiri. Dihidangkan dengan makanan tradisi Melayu pastinya membangkitkan lagi suasana raya.
Majlis teruskan dengan sesi pelancaran buku Gaya Untuk Berjaya. Tetamu jemputan dan keluarga Tuan Hafiz dijemput ke atas pentas untuk upacara perasmian. Perasmian cukup signifikan dengan kehadiran orang-orang kuat yang menyokong Tuan Hafiz selama ini.
Majlis potong riben dilaksanakan dan diteruskan dengan sesi menandatangani plag di pentas utama.
Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’
Buku ini adalah buah tangan pertama dari Tuan Hafiz untuk semua yang telah banyak menyokong beliau selama ini. Buku ini juga adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Kiranya menjadi sesuatu yang cukup ekslusif jika anda memiliki buku ini kerana terdapat pelbagai pekara yang terkandung di dalamnya.
Antaranya adalah formula ABCD iaitu:
- A = Appearance (Penampilan)
- B = Behavior (Kelakuan/Protokol & Etika)
- C = Communication (Komunikasi)
- D = Development (Pembangunan Diri & Motivasi)
Tidak hanya dengan itu, terdapat beberapa bab terkadung dalam buku ini iaitu:
Bab 1:
Berubah atau Tidak
Bab 2:
Etika Berpakaian
Bab 3:
Aksesori Dalam Berpakaian
Bab 4:
Pemilihan Pakaian Berdasarkan bentuk Badan
Bab 5:
Rambut dan Tudung
Bab 6:
Kebersihan Diri
Bab 7:
Warna dan Kulit
Bab 8:
Protokol dan Etika
Bab 9:
Cara Berkomunikasi
Terbaik bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut setiap bab bolehlah mendapati sendiri buku ini.
Kalau dilihat bagus juga kandungan dan intipati buku ini, InsyaAllah nak dapatkan satu naskah nanti