January 15, 2025
Lain-Lain

Oh! Rupanya Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Baitulmal-MAIWP Adalah 2 Entiti Yang Berbeza

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog saya  yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai perbezaan Puzat Pungutan Zakat-MAIWP  (PPZ-MAIWP) dan Baitulmal-MAIWP.

Sebenarnya beberapa hari lepas saya terjumpa satu video di Youtube mengenai hal ini. Memang menarik perhatian saya pula untuk menontonnya.

Sebab sebelum ini saya fikirkan 2 institusi ini merupakan satu badan yang sama. Rupanya lain!

Sebelum ini ada la juga isu yang bertebaran di media social yang cakap PPZ-MAIWP ni tak buat kerja. PPZ-MAIWP hanya tahu pungut sahaja, agihnya tidak.

Ada juga isu yang terjadi bila netizen terjumpa orang yang tidak berkemampuan, fakir miskin yang hidup agak daif, maka dituding seluruh jari kearah PPZ-MAIWP. Kata-kata yang tidak elok mula terpacul.

Yang paling tidak eloknya adalah ditularkan ke seluruh pelusuk internet yang kononnya tiada pembelaan dibuat terhadap golongan asnaf ini.

Tapi tahukah anda yang PPZ-MAIWP hanyalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memungut zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan? Manakala badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan zakat di tiga Wilayah ini adalah Baitulmal-MAIWP?

Jom tonton video ini dahulu untuk memudahkan pemahaman anda.

 

Ya! Dua insititusi ini adalah entiti yang berbeza. Jadi jika ada yang cakap PPZ-MAIWP ini tidak membuat kerja dalam pengagihan zakat, itu benar. Kerana mereka hanya diberi tauliah untuk mengutip zakat sahaja. Mustahil untuk mereka melaksanakan pengagihan zakat. Betul tak?. Untuk makluman semua juga, zakat adalah dibawah tanggungjawab negeri masing-masing. Kenapa tidak disatukan?Kenapa perlu mengikut negeri?Saya rasa mereka-mereka lebih arif dalam hal ini. Mesti ada sebab-sebab yang munasabah sebelum mereka membuat keputusan kan?Betul tak?

Terlalu banyak masyarakat di alam maya menyebarkan isu asnaf yang layak mendapat zakat, tidak mendapat zakat. Kenapa ianya perlu diperbesarkan di laman sosial? bukankah menjadi tanggungjawab kita juga untuk melaporkan kepada Baitumal-MAIWP? Fikir-fikirkan ya…

Saya yakin pihak Baitulmal-MAIWP sendiri sudah sedaya upaya untuk mencari serta merngenalpasti asnaf yang layak untuk mendapat bantuan zakat tersebut.

Jom bersama-sama kita menjadi seorang warga Islam yang bersama-sama menjaga kemaslahatan ummah. Sama-sama ambil cakna dan tidak hanya pandai menuding jari.

Jom sama-sama memandaikan bangsa kita dan semak segala maklumat sebelum sebar. Bertabayyunlah kita sebelum mengambil tindakan.

Jadi sekarang sudah fahamkah anda tentang perbezaan dua-dua institusi ini? Semoga bermanfaat..

p/s: Banyak pula video yang menarik di saluran youtube PPZTV ini. Jangan lupa subscribe ya korang semua. Klik link disini www.youtube.com/ppztv

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *