December 9, 2024
Lain-Lain

Selesaikan Masalah Ketiak Dengan Axilas

Selesaikan Masalah Ketiak Dengan Axilas | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai produk terbaru keluaran Syarikat Glamohealth yang terdapat dipasaran iaitu Axilas yang dirumus khas untuk masalah berkaitan ketiak.

Ohoi! Bila sebut ketiak sahaja mesti semua terbayang akan kawasan tersebut bukan? Dengan bau yang tidak menyenangkan dan basah bila berpanas. Memang tidak selesa bila masalah berkaitan ketiak ini berlaku. Bagi saya yang itu ok lagi, sebabnya kita sendiri yang mengalami, tetapi bila ketiak basah dan berbau, itu lagilah memalukan. ini kerana orang sekeliling kita akan turut sama terpalit dengan masalah kita.

Bila perkara sebegini berlaku, kat mana kita nak letak muka kita ni? Saya sendiri pun mengalami masalah ini. Mana tidaknya seorang yang agak hyper aktif sememangnya akan sentiasa bergerak ke sana dan ke mari. Ditambah pula dengan keadaan badan yang sedikit gempal, pasti akan menjadi saya lebih mudah berpeluh.

Bila bepeluh je kita sendiri akan automatik akan jadi tak selesa. Mana nak selesa kalau badan lecak dan ketiak pula berair bagai air hujan yang tak pernah nak berhenti kan?

Memang normal eh kalau sebegitu? Tapi tengok orang lain tak ada pun. Memang tak ada ke cara nak mengelakkan masalah ketiak berbau dan berpeluh berlebihan ini berlaku?

Usya punya usya, akhirnya kawan saya suruh gunakan Axilas. Eh? Jenama apa tu? Tak pernah dengar pun?

Rupanya Axilas ini adalah produk seperti deodorant. Ala yang pakai calit-calit di ketiak tu. Axilas ini untuk membantu mengurangkan masalah peluh berlebihan dibahagian ketiak dan mengurangkan masalah badan berbau. Selain itu ia juga membantu dan dapat merawat liang pori ketiak anda daripada pengeluaran peluh yang berlebihan kerana ia dapat menutup liang pori ketiak anda.

Faham ke tidak? Senang cakap Axilas ni deodorant la. Tapi kandungan dia diolah supaya lebih memberikan kesan kepada si pengguna seperti saya. Tapi apa kandungan dia yang saya dok gebang ni?

Ia mengandungi:

  • Ethanol Denat
  • Aluminium Lactate
  • Alimunium Choloride
  • Cyclopentasiloxane
  • Glyceryl Strearate
  • Cetyl Palmitate
  • Hydrogenated Microcrystalline Wax
  • Hydrogenated Castor Oil

Nampak tak? Kalau sesiapa yang belajar kimia dan tahu unsur bahan pasti tahulah apa bahan-bahan itu. Lagipun saya sendiri suka bau Axilas ni. Tak ada la terlampau kuat dan tengik. Kakak saya pun turut suka akan baunya. Oh! Lupa untuk saya maklumkan yang ianya sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tak kira jantina. Menarik kan?

Tapi nak guna tu macamana? Main calit je ke?

Ni saya nak kongsikan dengan anda semua cara menggunakan produk ini, saya pun tahu daripada membaca arahan penggunaan di produk ini. tapi ada beberapa keadaan yang anda perlu ikut tau sebelum menggunakan Axilas ini.

1.  Pertama sekali, pastikan kulit anda mestilah kering dan tidak rosak (luka atau melecet)

2. Seterusnya, pernukaan kulit mestilah kering (tidak lembab) dan tidak rosak (luka atau melecet) sebelum menggunakan Axilas antiperspirant. Permukaan kulit yg lembab atau rosak tidak dibenarkan untuk menggunakan Axilas antiperspirant. Jadi keringkanlah pakai tuala ke ape ke. Tak pun duduk je bawah kipas dahulu sampai kering.

Untuk makluman semua, Axilas ini hanya perlu digunakan di waktu malam. Sebelum tidur tu bolehlah sapu Axilas ni dulu. Berikut saya kongsikan cara penggunaannya.

Menggunakan Axilas antiperspirant pada waktu malam sebelum tidur.

Sapu nipis pada permukaan kulit ketiak sebanyak 2 kali atas dan bawah. Pastikan permukaan kulit ketiak kering selepas menggunakan Axilas antiperspirant. Jangan guna terlalu banyak kerana akan menyebabkan kulit lambat bertindak balas dan rosak. Axilas digunakan pada waktu malam kerana pada masa ini badan sedang berehat dan kelenjar di bawah ketiak tidak aktif.

Keesokkan harinya basuh permukaan kulit ketiak di waktu pagi dengan menggunakan sabun dan air. Perlindungan Axilas antiperspirant tetap ada di permukaan kulit kerana ianya telah menyerap didalam kulit. Anda bolehlah menggunakan deodorant atau minyak wangi lain di permukaan kulit ketiak.

Nampak tak? bukan susah pun nak gunakan Axilas ini. Terdapat banyak lagi kebaikkan produk Axilas ini seperti yang dilaporkan iaitu:

KEBAIKKAN AXILAS

  • Memutihkan ketiak
  • Hilangkan masalah bau badan dan ketiak dengan pantas.
  • Badan akan merasa segar, kering dan bebas bau sepanjang hari
  • Lebih Yakin berhadapan dengan kawan kawan atau orang sekeliling.
  • Tiada lagi perasaan malu kerana anda telah bebas dari masalah bau badan dan
  • Ketiak tidak rasa melekit lagi walaupun dalam situasi cuaca panas.
  • Tiada lagi masalah baju di ketiak kekuningan.
  • Hubungan suami isteri tiada lagi masalah bau badan.
  • Mendapat pujian dari suami atau isteri anda.
  • Stress akan hilang kerana bau pada ketiak anda hilang serta merta.

Ya la kan, siapa yang selesa bila ketiak berbau dan becak ni. Pasti segala perbuatan dan mood akan terganggu. Jadi saya pasti anda semua perlukan solusi untuk permasalah nada ini. saya juga tidak terkecuali!

Harga Axilas ini berapa ya?

Untuk makluman semua, harga Axilas boleh dikatakan mampu milik dengan hanya RM45 untuk semenanjung dan RM50 untuk Sabah dan juga Sarawak. 

Jadi untuk anda yang ingin tampil lebih menawan dan wangi semerbak ketiak tanpa ada permasalahan hitam, masam, melekit dan becak yang berlebihan itu bolehlah mencuba produk Axilas ini.

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah ini.

Facebook:

Axilas HQ

Axilas Tiada Lagi Bawah Lengan Basah & Berbau

Axilas Penyelesaian Bawah Lengan Basah

Instagram:

Axilas Glamohealth

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *