Dapatkan Seleksi Fresh To Go di 7Eleven
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian. semoga anda semua berad dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan cinta hati saya yang terbaru.
Jangan salah sangka pula, ianya bukanlah wanita cantik namun ianya merupakan peneman saya dikala perut berkeroncong iaitu Fresh To Go. Fresh To Go merupakan jenama seleksi makanan yang disediakan segar setiap hari di 7Eleven sekitar Lembah Kelang.
Terdapat pelbagai variasi makanan yang disediakan oleh mereka antaranya ialah bihun goreng, nasi lemak, lasagna, sandwich dan pelbagai lagi. Persembahan bungkusan yang ringkas di samping makanan yang enak dan mudah dibawa sememangnya sesuai untuk warga kota yang serba sibuk.
Pelbagai seleksi makanan yang siap masak sesuai untuk direbut (grab) dan dimakan sepanjang perjalanan ke tempat kerja atau tempat tujuan anda. Just grab and Eat. just simple as that. But most importantly, it fresh! that’s why we call as Fresh To Go.
Fresh To Go merupakan satu makanan yang disediakan segar setiap hari. Ia bukanlah makanan segera yang pastinya memudaratkan kesihatan. Pastinya seleksi makanan Fresh To Go ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Saya juga tidak terlepas untuk menjadi sebahagian dari penggemar rangkaian makanan Fresh To Go ini. Dengan kemudahan untuk mendapatkannya di kebanyakkan 7Eleven di Lembah Kelang ini pastinya menjadikan Fresh To Go jenama yang menarik untuk dinikmati.
Dengan mengekalkan citarasa tempatan pastinya Fresh ToGo menjadi fenomena buat warga kota. Mana tidaknya seleksi ini laris dan mudah didapati, makan ramailah yang dapat menikmati makanan ini. Jom kita tengok beberapa seleksi makanan Fresh To Go,
Mungkin ramai yang kata bahawa hidangan seperti nasi lemak dan bihun goreng adalah hidangan yang tidak segar. Namun tahukah anda yang makanan sebegini dihantar segar setiap pagi?
Mungkin makanan ini telah sejuk apabila anda sampai kerana kondisi kedai 7Eleven yang berpendingin hawa pastinya akan memudahkan lagi makanan sebegini untuk sejuk. Oleh yang demikian, semua sedia maklum akan kewujudan microwave di dalam kedai. Guna sahajalah! Hanya panaskan selama 2 minit dan sedia dimakan panas. Yummeh!
Kegemaran saya pula adalah sadwich telur dan bihun goreng. Hidangan ringkas dan menjadi kegemaran ramai. Kalau seorang diri sekali pun masih menjadi pilihan untuk memenuhi perut ini.
Selain itu juga, Fresh To Go ini sememangnya sesuai untuk dimakan bersama kawan-kawan. Lepak-lepak, dan boleh juga dijadikan santapan semasa berkelah dan bersantai.
makan-makan dan makan, sedap ke Fresh To Go ni? Jom tengok kesudahannya untuk dapatkan kepastian.
Habis licin! Nampak tak betapa sedapnya makanan Fresh To Go ini.
____________________________
Fresh To Go boleh didapati di 7E,
Enak dan segar setiap hari,
Kalau semua ingin menikmati,
Ianya boleh didapati sendiri.
____________________________
Pelbagai hidangan enak rasanya,
Pelbagai pilihan pelbagai rasa,
Bagaimana rasanya usah ditanya.
Sendiri makan, sendiri rasa.
____________________________
Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari medium seperti di bawah.
Website: www.7eleven.com.my/
Facebook: www.facebook.com/7ElevenMalaysia
Dekat 7E pun dah ada macam ni yer.. Sebelum ni pernah beli dekat AEON jer…
Pingback: Perkhidmatan Terbaru oleh 7Eleven Malaysia - AMIRNAWAWI