51 Perlawanan UEFA EURO 2016 Di Rumah Anda Dalam HD!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai UEFA EURO 2106. Untuk makluman semua, tahun ini sekali lagi UEFA EURO, perlawanan bola sepak terunggul muncul. Pada edisi kali ini diadakan di Perancis.
Bagi sesiapa yang bersemangat untuk jadi sebahagian dari penonton perlawanan yang bersejarah ini bolehlah berkunjung ke Perancis sendiri. Namun saya akui kos ke sana memang mahal. Jadi kenapa tidak tonton sahaja di rumah anda. Ini kerana ASTRO menjadi penyiar rasmi bagi acara berprestij ini. Yeah!
Untuk makluman anda semua, pada 7 April yang lepas telah diadakan majlis pelancaran secara rasmi Astro sebagai penyiar rasmi UEFA EURO 2016 di Sunway Pyramid. Saya sendiri tidak melepaskan peluang bersama-sama dalam pelancaran ini. Excited? Yes!
Majlis pelancaran ini juga dimeriahkan dengan kehadiran pemain bola sepak lagenda antarabangsa iaitu Fernando Morientes. Bintang ini diterbangkan jauh untuk semua. Peminat Sepanyol pastinya mengenali susuk tubuh ini.
Majlis ini dikendalikan oleh 2 orang pengcara hebat dari ASTRO dan pastinya lebih meriah dengan penyokong bola sepak tanah air. Tidak melepaskan peluang untuk berbual dengan Fernando, banyak sioalan yang ditanya kepada beliau.
Dan pastinya soalan yang akan dikemukakan ialah berkenaan bola. Menyudahi temubual ringkas tersebut, Fernando mengucapkan salam sayang kepada peminatnya di Malaysia. Hope to see you again in Malaysia soon Fernando.
Dalam majlis itu juga Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Kami sangat memahami peminat sukan di luar sana dan kerana merekalah, kami menawarkan pengalaman lengkap dengan kesemua perlawanan disiarkan secara langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi kesemua pilihan skrin TV Astro, Astro on the Go dan Stadium Astro di mana ia juga dilengkapi statistik dan aksi terbaik perlawanan. Dengan kesemua perlawanan disiarkan secara langsung, kami mahu memantapkan penawaran kandungan sukan kami berdasarkan maklumbalas peminat sukan semua. UEFA EURO 2016TM merupakan acara bola sepak paling dinanti-nantikan tahun ini dan Astro akan memberikan liputan yang tiada tandingnya, aksi kesemua 24 pasukan Eropah bertanding dalam merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini.” katanya
Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016 kali ini iaitu untuk HD di Saluran 841 & 842 dan untuk SD di Saluran 821 & 822.
Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016TM. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95.
Sementara itu, bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tertentu sahaja, buat pertama kalinya mereka boleh menontonnya secara berasingan berdasarkan tawaran ‘pay-per view basis’ pada harga RM 6 setiap satu perlawanan. Jadi kalau 51 perlawanan tu, RM6 X 51 = RM306. Jadi baik anda terus melanggan kesemua perlawanan pada hanya RM104.95 sahaja. Woohuuu. Lagi berbaloi-baloi. Berikut merupakan pasukan yang bertanding di UEFA EURO 2016 ini.
Untuk makluman semua UEFA EURO 2016 akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 pada waktu Malaysia. Tak sabar pula rasanya untuk menonton perlawanan UEFA EURO pada kali ini. Ini pula jadual penuh perlawanan.
Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan, jom semua melanggan ASTRO Sport pack sekarang di http://www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838 sebelum 30 April.
Peliklah… Kenapa EURO 2016 diadakan di Brazil ye?. Sedangkan Brazil tak termasuk pun dalam pasukan yang bertanding..
Maaf dah dibetulkan. Di France. Brazil adalah Olimpik