December 13, 2024
Travel

Ekspedisi Meneroka Keindahan Royal Belum Rainforest

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blgo yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam ekadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongiskan dengan anda semua mengenai trip kami ke Royal Belum Rainforest di Perak.

Untuk makluman semua, trip ini dianjurkan oleh Gaya Trravel Magazine dengan kerjasama Tourism Perak. perjalanan dari Kuala lumpur ke sini memakan masa lebih kurang 6 jam dengan beberapa pitstop. Perjalanan yang jauh namun kegembiraan untuk sampai ke sini terubat dengan menikmati keindahan yang terpancar si peanjang perjalanan.

Sepanjang kami berada di sini, kami menginap di Royal Belum rainforest Resort. Memang cukup ekslusif resort yang dibina ini betul-betul berada seperti di dalam hutan sebenar. Mana tidaknya, bilik kami siap menerima tetamu iaitu monyet dan kelurga mereka yang datangm enyapa di tepi tingkap. Meriah!

Jom kita tengok beberapa keping gambar menarik sepanjang berada di kawasan resort ini.

Bilik yang disediakan di sini
Bilik yang disediakan di sini

royal belum rainforest resort 2

Tetamu yang menyapa di tepi tingkap
Tetamu yang menyapa di tepi tingkap

Maka keesokannya aktiviti meneroka hutan hujan Royal Belum pun bermula. Jujur untuk saya katakan, ini pertama kali saya betul-betul sampai ke sini walaupun dulu sewaktu belajar di kedah selalu ulang alik menggunakan jalan ini ke Kelantan. Kali ini saya seaakn terpegun dengan apa yang ada di sini.

Jom wefie!
Jom wefie!
Bersemangat untuk memulakan trip ini
Bersemangat untuk memulakan trip ini

Untuk makluman semua. Tasik Belum ini merupakan antara tasik buatan yang terbesar di dunia. Saya ingatkan kecil sahaja tempatnya, namun tidak berpuas hati, saya Google tempat ini, dan wow!

 

Bot digunakan sepanjang pengembaraan kami di sini. Nampak mukaku serius itu?
Bot digunakan sepanjang pengembaraan kami di sini. Nampak mukaku serius itu?

Apapun sepanjang separuh hari berada di sini, terdapat beberapa aktiviti yang telah kami terokai. Antaranya:

Jungle tracking.

Ku sangkakan dekat, rupanya taklah jauh sangat.. huhuhu. Namun berpeluh juga menyelusuri hutan ini. Tujuan utama adalah untuk mengenal tumbuhan hutan sebenarnya. Selain itu juga, di hujung trek ini terdapat air terjun yang cantik. Jadi tidak sia-sia la kalau anda mendaki ini.

Sebelum mula mendaki, dengar dahulu penerangan ranjer hutan
Sebelum mula mendaki, dengar dahulu penerangan ranjer hutan
royal belum 2
ya1 Berjalanan sedikit berliku..

 

Dan diberitahu juga bahawa anda mungkin akan menjumpai bunga pakma ataupun Raflesia jika anda jungle tracking di sini. namun kedatangan kami bukanlah pada musim yang sesuai, jadi tiada tnada-tanda bunga pakma dijumpai. Lain kali mungkin.

Sudah sampai pun kami ke air terjun yang dimaksudkan.. Nyaman..
Sudah sampai pun kami ke air terjun yang dimaksudkan.. Nyaman..

Memberi makan ikan kelah.

Pintu masuk ke sini
Pintu masuk ke sini

Setelah penat berjungle tracking dan melihat sendiri keindahan air terjun, kami dibawa sekali lagi ke Sungai Ruok di Royal Belum ini. Difahamkan di sini merupakan tempat tinggal ikan kelah. Wah! Teruja saya. Mana tahu dapat makan ikan kelah bakar ke hari itu.

Namun jangan salah faham ya. Tidak dibenarkan mengusik ikan-ikan di sini kerana ianya dijaga dengan rapi. No fishing allowed here. Jadi simpan balik joran dan jaring anda. Namun anda dibenarkan untuk mandi di air terjun ini ya!

 

A video posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on

Ikan kelah di sini hidup dengan aman permai tanpa ada gangguan. Memandangkan tiada ancaman untuk mereka, mereka bebas bergerak di antara kami. senang cakap, mereka tak takut kat manusia la.

Beramah mesra dengan kaum Orang Asli

Tahukah anda yang disebalik hutan rimba dan air yang memenuhi segenap ruang ni wujudnya kaum orang Asli yang telah sekian lama menetap di sini. untuk makluman semua, kau orang asli ini dinamakan suku kaum Jahai yang dikatakan berasal dari Afrika Selatan.

Terima kasih Mamee kerana menaja kami snek yang lazat ini.
Terima kasih Mamee kerana menaja kami snek yang lazat ini.

Walaupun telah diberikan bantuan oleh kerajaan dengan menyediakan rumah yang lengkap di kampung lain, namun mereka lebih gemar dan rela untuk tinggal di Kampung aman damai Royal Belum ini. Demi mempertahankan warisan nenek moyang mereka.

Difahamkan yang di sin iterdapat lebih 100 orang dan pada waktu kedatangan kami, 20 anak-anak di sini ke sekolah. Alhamdulillah, mereka mementingkan pelajaran demi kesejahteraan di masa akan datang.

nak datang ke sini bukannya mudah. Terpaksa menaiki bot dan meredah tasik yang tidak diketahui kedalamannya. Suku kaum Jahai ini juga amatlah pemalu. Ya! Bila kami datang mereka bersembunyi je dalam rumah. Bila di sapa barulah mereka keluar. Tok batin mereka pun sempoi sahaja. Banyak benda yang kami pelajari semasa di sini.

Namun muncul di benak saya, how they survive here without proper electricity and phone coverage. Teenage nowadays should learn from them. Including me!

Apapun satu pengalaman yang baru bila bersama-sama dalam trip ini meneroka ke hutan hujan yang tertua di dunia ini. Royal Belum Rainforest, satu destinasi yang wajib anda kunjungi.

 

Pesanan penaja:

Tekan sahaja hashtag dibawah untuk membawa anda kepada penaja yang terhebat..

#WOWPerak #TourismPerak#PerakIsAwesome #ILovePerak#GayaTravel #DekatJe#FantasyHouse#CEIpoh #BelumRainforestResort#NomadGopeng #JuliesBiscuits #Yeos#Mamee#SamuraiWifi 
Tourism Perak
Tourism Perak
Gaya Travel Magazine
Gaya Travel Magazine

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *