October 14, 2024
Travel

White Water Rafting di Sungai Kampar Meriah!

Meriah!

Why I use that word?

Before that, as usual, Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan pengalaman saya berakit di Sungai Kampar Perak.

Pengalaman berakit ini bersempena dengan Trip World of Wonder Perak anjuran Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak. Bersama-sama aktiviti dalam trip ini adalah berakit di Sungai Kampar tajaan Nomad Adventure. Oleh kerana ini pertama kali saya berakit di sungai sebegini, maka perkataan yang dapat saya gambarkan adalah meriah.

Kenapa meriah? Meriah dengan gelak tawa, tangis hilai oleh para peserta. Mana tidaknya ada yang terpekik sampai nak pecah anak tekak. Pertama kali mungkin. Saya juga tidak terlepas untuk buat ujian suara berasama-sama. High pitch saya keluarkan sewaktu melalui jeram.

Sesi penerangan oleh jululatih sebelum ekspidisi bermula
Sesi penerangan oleh jululatih sebelum ekspidisi bermula

Untuk makluman semua, Sungai Kampar ini mempunyai beberapa tahap jeramnya. Pada skala normal, kami pada hari tersebut mencapai sehingga tahap 3 dan Sungai Kampar mampu menghasilkan jeram hingga tahap 4!

Antara jeram yang terdapat di sini
Antara jeram yang terdapat di sini

Jump jump!

Bump bump!

On the job!

Back paddle!

Front paddle!

Come to the back!

To the front!

Yes! Itu adalah basic command yang diberikan oleh jurulatih sewaktu sesi pengenalan sebelum kami menaiki bot. Walaupun nampak simple, tetapi sewaktu dalam bot sebenar, memang semua tunggang terbalik. Mana tidaknya, disuruh bump bump kami jump jump. Geleng kepala instructor kami.

Pertama sekali, water confident
Pertama sekali, water confident

Namun memandangkan kehadiran kami sewaktu musim kemarau, maka keadaan air di Sungai Kampar ini sedikit surut. Maka banyak tenaga diperlukan untuk menggerakkan bot kami. Ya! Sebab akan ada tempat di mana bot anda akan selalu tersangkut. Oleh yang demikian, banyak tenaga yang diperlukan. Kena bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan. Letih ooih!

Belum sempat ke belakang, dan kena ke depan kembali. Memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kepenatan mendayung itu dan satu hal, ditambah pula dengan kepenatan bergerak di dalam bot. Fuh! Naik muscle abam tau..

Kegembiraan kami melepasi jeram! Wuhooo
Kegembiraan kami melepasi jeram! Wuhooo

Oleh kerana ada di dalam bot saya yang sedikit tidak mendengar arahan, maka dijatuhi hukuman bot diterbalikan. Mahu gelabah itik kami dibuatnya. Buat pertama kali sahajalah. Lepas banyak kali, saya yang terjun dulu sebelum bot tenggelam. Bijak tak saya? haha

Selepas lebih kurang 2 jam mendayung, Ya! 2 jam! kami akhirnya sampai ke penghujungnya. Dan masa itulah juga hujan baru mulai turun. Bukan rezeki kami barangkali untuk mendayung di dalam hujan.

Nampak gembira je kan kami?
Nampak gembira je kan kami?

Apapun banyak benda yang dapat saya pelajari sewaktu aktiviti white water rafting di Sungai Kampar ini. Antaranya ialah:

1.Patuh arahan ketua

2. Sentiasa mendengar arahan. Jika tidak, satu bot menjadi mangsa.

3. Persediaan mental dan fizikal. Yang tak kuat tu mohon makan ubat kuat ya..haha.

4. Tenang dan sentiasa positif. Yes! 2 jam sahaja.

Apapun satu pengalaman yang terbaik dapat saya timba. Jika tanya saya adakah akan saya sertai lagi aktiviti seperti ini, jawapan saya adalah,

YA! Saya akan sertai lagi dan lagi!

Memang best weh. Kalian memang kena cuba. Selepas ini nak ajak family pulak cuba berakit ini. Baru la tahu langit tu tinggi ke rendah. Banyak gelak ketawa dan tawa hilai dapat kami dengar. Namun kesedihan pun ada juga sebab kena marah dengan instructor..haha

Buat anda yang ingin mencuba aktiviti ini bolehlah menghubungi Nomad Adventure seperti di bawah:

HEAD OFFICE
525 Jalan 17/13,
46400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel. +6(03)79585152 /3151
Fax. +6(03)79581710
info@nomadadventure.com
 
EARTH CAMP
Lot 17525 Kampung Chulek,
Gopeng Kampar,
Perak Darul Ridzuan
 
Website: http://nomadadventure.com/

Pesanan penaja:

Tekan sahaja hashtag dibawah untuk membawa anda kepada penaja yang terhebat..

#WOWPerak #TourismPerak#PerakIsAwesome #ILovePerak#GayaTravel #DekatJe #FantasyHouse#CEIpoh #BelumRainforestResort#NomadGopeng #JuliesBiscuits #Yeos#Mamee #SamuraiWifi 
Tourism Perak
Tourism Perak
Gaya Travel Magazine
Gaya Travel Magazine

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “White Water Rafting di Sungai Kampar Meriah!

  • adventure habis aktiviti rafting ni. Tengok gambar pun dah rasa berdebar. Apatah lagi kalau berpeluang naik.. Tak berani kot rasanya.. =). Haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *