January 15, 2025
Lain-Lain

Wangian Berkekalan Dengan De’Xandra

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua, satu wangian yang tengah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia iaitu De’Xandra.

Mana tidaknya, dengan tagline ‘Wangian kehidupan Terbaik No 1 Malaysia’ pastinya mampu memukau sesiapa saja yang terhidu akan bauananya yang pempesona. Saya pun memang sedang tercari-cari wangian yang sesuai untuk diri saya. Maklum saja orang lelaki, gemuk pulak tu. Jalan sahaja pasti berpeluh, selain deodoran yang hanya melindungi bawah ketiak, minyak wangi juga diperlukan untuk melindungi seluruh badan dari bauan yang tidak menyenangkan.

De'Xandra di Pulau Perhentian
De’Xandra di Pulau Perhentian

Cari punya cari, ternampaklah pasal minyak wangi De’Xandra ni. Mana tidaknya kalau dah semua media sosial dah dikuasi oleh minyak wangi ini. Kalau tanya je kawan-kawan pastinya akan sarankan minyak wangi De’Xandra ini. Memang disarankanlah oleh sesiapapun.

Biasalah, sayaĀ kalau nak membeli memang tak akan terus tergoda. Kena buat reseach oi. Kata pelajar teknikal, kena la buat research lebih sikit kan. Rupanya kawan-kawan terdekat saya sendiri ada yang jadi pengedar. Katanya selepas mencuba terus tertawan hati untuk kongsikan dengan orang lain. Kerlas!

De'Xandra2
Perhentian Trip minggu lepas! Lawa

Jadi semasa nak berkunjung ke Pulau Perhentian minggu lepas, dapatlah juga saya sambar 1 botol perfume De’Xandra ini. Pilihan yang saya dapatkan adalah YSL Homme Sport by YSL. Memang best bau dia. Sweet sweet untuk lelaki gituh. Untuk makluman, saya ni memang tak suka kalau ada bauan yang keras. Kalau bau seperti YSL Homme Sport ni memang la feveret saya.

De'Xandra

Untuk makluman semua, ada beberapa sebab saya memilih wangian De’Xandra ini. Antaranya:

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

Sebab tu la saya sambar wangian De’Xandra ni. Ada pelbagai pilihan untuk lelaki dan wanita. Untuk lelaki ada 26 seleksi wangian untuk dipilih, manakala bagi wanita pula 43 wangian. Memang berbulu mata nak pilih.

Kat Pulau Perhentian haritu memang pakai wangian De’Xandra ni je. Sebab memang mandi pun pagi dan malam je. Tengahari memang ke laut la. Tapi dengan peluhnya dan berendam sehari dalam air laut pun wangian masih tetap ada. Harap-harap ikan di Pulau Perhetian tu pun tak tergoda denganĀ De’Xandra ni..hahaha

Close up wangian De'Xandra yang disambar oleh saya
Close up wangian De’Xandra yang disambar oleh saya

Untuk makluman tambahan, Duta untuk wangian ini adalah Nabil dan isterinya, Zira. Saya ingat lagi beberapa minggu lepas yang Nabil kasi hadiah kepada penonton rancangan Meletop. Dato’ Siti yang juga jemputan pada rancangan itu dapat hadiah De’Xandra dari Nabil.

Apapun, bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi stokist De’Xandra iitu

Lia Omey

HP: 013-2644310

Email: chettakiomey@gmail.com

FB: Chettaki Omey

IG: @chettakiomey

Web: www.chettakiomey.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Wangian Berkekalan Dengan De’Xandra

  • Pernah pakai kebetulan kawan ada beli ni. Dexandra punya packaging simple tampal je tapi bau not bad wangi macam one perfume.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *