Cititel Express Ipoh- Hotel di Bandar Ipoh, Jimat dan Smart

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda hotel yang smart, bersih dan ringkas di Ipoh Perak.

Untuk makluman semua, pada akhir bulan Mac yang lalu, saya dan bersama rombongan media di bawah jemputan Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak telah bersama-sama meneroka ke seluruh ceruk negeri Perak. Dari Timur hinggalah ke Barat negeri ini.

Ruangan Lobi Cititel Express Ipoh
Ruangan Lobi Cititel Express Ipoh

Kami juga singgah di Ipoh iaitu ibu negeri kepada Perak. Di sini kami menginap di Cititel Express Ipoh. Untuk makluman semua, kami menginap di sini selama 2 malam. Setibanya kami di sini, kami disambut dengan nyaman sekali, atau warm greeting. Memang terasa dihargai.

Selepas itu kami di bawa untuk sesi penerangan hotel oleh Puan Masyitah iaitu Pengarah Bahagian Pemasaran dan Jualan. Apa yang saya boleh katakan tentang hotel ini melalui penerangan adalah, WOW! Memang patut pun kami menginap di sini walaupun terdapat berpuluh hotel lagi di Ipoh ini.

Jom kita ketahui apakah keistimewaan hotel ini berbanding hotel lain:

  1. Wifi berkelajuan tinggi sepanjang berada dalam bangunan.

  2. Bilik berhawa dingin dengan pelaras individu.

  3. servis valet parking

  4. Air minuman dan ruangan menggosok pakaian setiap aras.

  5. Kotak keselamatan setiap bilik.

  6. TV 40 inci SMART IPTV

  7. 150 saluran Movie percuma

  8. Servis shuttle PERCUMA ke tempat tumpuan pelancong dan stesen KTM

Ramai yang tanya saya, apa hotel yang paling dekat dengan public transport di Ipoh, jadi apa yang saya boleh katakan adalah Cititel Express Ipoh kerana ianya hanya mengambil masa 5 minit sahaja berjalan kaki dari Stesen KTM Ipoh. Kalau anda membawa banyak barang dan perlukan pengangkutan, hanya telefon pihak hotel dan mereka akan menjemput anda secara PERCUMA! Ya, mereka memang suka untuk melayani anda.

Cititel Ipoh
Mereka juga tersenyum gembira menginap di sini…

Masuk sahaja bilik, waaaaa. Terpegun saya sebab memang luas dan bersih. Sesuai dengan slogan mereka, Smart, Clean and Simple. Memang nampak simple namun lengkap. Tahukah anda yang bilik ini dilengkapi dengan Smart TV 40 inci? Siap ada 150 saluran movie percuma untuk anda tonton. Tapi saya saya hanya sempat tonton 3 buah filem sahaja malam itu dek kerana sudah terlena dengan keempukkan tilam hotel mereka ini.

Bilik yang saya diami. Wah! Kemain posing..
Bilik yang saya diami. Wah! Kemain posing..

Jom kita lihat pula jenis bilik yang ada di Cititel Express Ipoh ini.

1.Superior Room

Bilik Superior
Bilik Superior

2. Superior Triple

cititel superior triple3. Deluxe Room

Bilik deluxe yang super duper luas
Bilik deluxe yang super duper luas

cititel deluxeTempat yang disediakan shuttle percuma untuk pengunjung.

cititel shuttle

Ruangan kafe di lobi hotel
Ruangan kafe di lobi hotel

Dengan serendah RM147 sebilik bersama sarapan untuk 2 orang semestinya berbaloi untuk anda inapi. Jadi buat anda yang teringin untuk menginap di sini bolehlah menghubungi mereka di talian seperti di bawah.

[Beritahu mereka yang anda datang dari blog amirnawawi.com for best price 🙂 ]

Cititel

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge