KubUltra Trail Run 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai KubUltra Trail Run 2016.

KubUltra

Untuk makluman semua, KubUltra Trail Run 2016 telah diadakan di Kuala Kubu Bharu Selangor pada 5 Mac yang lepas. Terdapat pelbagai penyertaan dari pelbagai pihak dalam larian pada kali ini.

Untuk pengetahuan semua, terdapat KubUltra Trail Run ini mensasarkan 4 golongan utama iaitu

  1. Keluarga atau individu yang bersemangat tinggi dalam hiking dan trail running.
  2. Keluarga atau individu yang sedang mencari-cari hobi yang mencabar dan lasak
  3. Individu yang fit dan mahu mengikuti riadah yang besederhana,
  4. Individu yang tercari-cari aktiviti yang mencabar.
Push yourself to the limit!

Selain itu,

KubUltra Trail Run 2016

ini mempunyai 5 kategori yang boleh dipilih iaitu:

KubUltra 5:  Untuk kanak-kanak, keluarga dan pendatang baharu(5 KM).
KubUltra 10: Untuk kanak-kanak, keluarga dan pendatang baharu, dan untuk pendaki dan pelari yang tidak seberapa fit (10 KM).
KubUltra 20: Untuk sesiapa yang belum bersedia untuk berlari pada jarak yang terlampau panjang (20 KM).
KubUltra 40: Untuk sesiapa yang sanggup memaksa diri mereka ke tahap tertinggi (40 KM).
KubUltra 60: Untuk seseorang yang inginkan cabaran dan sanggup meninggalkan zon selesa mereka. (60 KM).
Sedikit info mengenai tempat acara iaitu Kuala Kubu Bharu:
Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu daerah di negeri selangor Darul Ehsan. Ianya merupakan kubu ketika perang saudara yang berlaku pada 1867 sehingga 1874 di mana lebih dikenali sebagai perang yang mengakibatkan empangan di Kuala Kubu pecah sehingga mengorbankan 33 jiwa. Akitviti penggalian bijih timah serta urusan harian tergendala disebabkan itu. Namun kini, Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi!
Untuk maklumat lanjut mengenai KubUltra Trail Run ini bolehlah layari mana-mana laman di bawah:
Terima kasih diucapkan kepada pengajur iaitu (Asian Trail Explorers), penaja (Malaysia Major Events, Tourism Selangor, Gatorade, Volume One, Running Malaysia Magazine dan lain-lain)  dan tahniah juga kepada semua pemenang!
Semoga berjumpa lagi pada KubUltra Trail Run tahun hadapan! 
Gambar kredit kepada Facebook Asian Trail Explorers dan Rany Tan

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge