SPH Food Festival di Sunway Putra Hotel
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan kemeriahan sambutan SPH Food Festival yang berlangsung pada 17 Mac 2016 di Sunway Putra Hotel yang lepas.
Untuk makluman semua, bagi sesiapa yang telah mengikuti perkembangan gambar saya di Instagram pastinya akan melihat pelbagai jenis hidangan enak yang saya kongsikan di sana. Kesemua gambar makanan itu diambil di Coffee House hotel ini. Menarik bukan? Semestinya akan membuatkan ramai yang kecur air liur.
Saya sendiri yang kongsikan gambar tersebut pun masih mengidam dan teringin untuk mencuba kembali kesemua masakan enak yang ada di sana. Walaupun saya ini peminat pemanis mulut, ataupun dessert tetapi sememangnya kesemua jenis hidangan yang disediakan pada hari tersebut memang berbaloi untuk dinikmati.
Jom kita saksikan apa antara hidangan yang disajikan di Coffee House hotel ini.
Untuk makluman semua, Coffee House ini juga ada menyediakan hidangan makan tengahari ataupun lunch dengan harga serendah RM68 untuk seorang. Dibukan dari Isnin hingga Jumaat. Manakala untuk makan malam pula, berharga RM78. Ianya dibuka dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Celebrity Cook Off Challenge
Pada hari tersebut juga diadakan pertandingan memasak diantara 3 selebriti tempatan. Selebriti tersebut adalah Ramona Zamzam, Shakilla Khoriri dan juga Anding Indrawani. Mereka merupakan selebriti tempatan yang sememangnya terkenal di kaca televisyen.

Kali ini mereka diberi cabaran untuk memasak menu yang belum mereka tahu. Kiranya mereka kena memasak menu yang diberitahu kepada mereka sebelum acara bermula. Jadi mereka tiada masa untuk buat reasearch sebelum mesak. Kiranya macam memasak on the spot la ni. Baru la mencabar bukan?
Terdapat 3 menu yang dikehendakki untuk mereka memasak. Segala bahan disediakan dan mereka hanya perlu memasak mengikut menu yang diberikan. Cabutan undi dibuat untuk menentukan siapa yang patut memasak menu yang terlibat. Ramona mendapat menu mee goreng mamak, manakala Shakilla dikehendaki memasak spegeti dan Anding kena memasak pasta.

Masa yang diberikan adalah selama 45 minit dan dalam masa terbabit, peserta dikehendaki memasak menu yang diberikan. Memang best bila tonton para selebriti ini memasak dalam tekanan. Namun setelah bertungkus lumus, segala masakan yang nereka siapkan akan dipersembahkan kepada para juri. Bukan calang-calang juri tetapi juri yang sememangnya terkenal akan mengadili masakan mereka ini.
Dan pemenang untuk pertandingan memasak ni adalah Ramona Zamzam dengan resepi mee goreng mamaknya. Yeah! tak sia-sia kami bersorak sakan menyokong Ramona..

Dengan ini boleh dikatakan bahawa Sunway Putra Hotel sememangnya boleh dijadikan syurga makanan buat peminat makanan di ibu kota ini.
Untuk sebarang tempahan hotel bolehlah menghubungi
taa kuad tengok macaron & kek .
Terbaik food festival ini, cantik jugak bro ambil gambar guna kamera apa ya
Kamera biasa sahaja. Sony A5000
Terliur tengok makanan terutama desserts..arghhh stressed jadinya..hihi
Jangan stress, jom gi makan di sini..huhuhu