Sushi King ke-100 di AEON Mall Shah Alam
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping family tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua tentang pembukaan cawangan Sushi King yang ke 100 di AEON Mall Shah Alam.
Untuk makluman semua, saya telah bersama-sama dalam majlis pembukaan cawangan ini di Aeon Mall Shah Alam Selasa lepas. Majlis ini dihadiri oleh pemilik dan juga Pengerusi Texchem sendiri iaitu Dato’ Sri Dr Fumihiko Konishi. Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa ahli majlis tertinggi Texchem Group Sdn bhd.
Bercakap pada majlis ini, Tan Sri Dr Fumihiko berkata bahawa Sushi King amat komited dalam mengembangkan lagi cawangan mereka di serata Malaysia. Dengan pembukaan cawangan ke 100 ini semestinya akan membakar semangat mereka untuk membuka lebih banyak cawangan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati makanan asal Jepun ini.
Dengan peningkatan yang ketara dalam pengunjung beragama Islam, pihak Sushi king amat bersungguh-sungguh dalam memastikan bahan yang mereka gunakan menepati piawaian halal yang telah ditetapkan. Berkata pada majlis ini, Fumihiko memberitahu para hadirin bahawa pihak Sushi King telah menghantar segala dokumen dalam pemohonan halal kepada JAKIM pada awal Mac yang lalu. Dan mereka menjangka akan mendapat sijil halal dari JAKIM pada bulan Jun atau Julai hadapan.
SUSHI KING AEON MALL SHAH ALAM
Sushi King di AEON Mall Shah Alam ini terletak pada aras 1 di Japanese Sreet. Landmark mudah untuk ke sini adalah ianya bersebelahan dengan Daiso. Pastinya ianya mudah dilihat dari jauh. Kalau anda masih tidak pasti, bolehlah bertanyakan kepada pegawai di kaunter pertanyaan arahnya.
Apa yang istimewanya Sushi King semperna cawangan mereka ke-100 ini ialah, hanya di cawangan ini sahaja yang ada Kushiage. Kushiage in iadalah seperti kudapan petang kita yang digoreng. Terdapat pelbagai jenis kushiage yang disediakan di sini. Dan yang menjadi kegemaran kami adalah durian mochi! Sekali gigit, meleleh keluar durian dari dalam mochi ini.
Selain itu juga, seperti di mana-mana cawangan Sushi King yang lain, terdapat pelbagai seleksi sushi yang pastinya menggiurkan sesiapa sahaja yang memakannya. Boleh dipesan menggunakan ipad yang disediakan ataupun ambil sahaja dari conveyer yang lalu lalang dihadapan anda.
Pada hari tersebut, kami makan sebanyak-banyaknya  sushi. Memang sedap dan menyelerakan. Dengan suasana yang kondusif dan air yang diberikan secara percuma sememangnya memberikan good dining experience untuk para pengunjung. Dan ini adalah kali pertama saya ke Sushi king. Dan selepas pengalaman ini, pastinya saya akan berkunjung lagi ke sini selepas ini!
Dijemput untuk anda semua menonton rangkuman video semperna majlis pada hari tersebut.
Posted by amirnawawi.com on Tuesday, March 15, 2016
AM: Makanan jepun bukan semua kegemaran saya, namun kalau ada yang memang best saya kan makan banyak!
Fuhhhh video astro nawawi…..
Moga dipermudahkan urusan mereka mendapatkan sijil halal
Untunglah dapat makan sushi free flow dan yang paling penting lagi lepas ni akan dapat sijil Halal.
Tak berkesempatan lagi nak pergi Aeon Mall Shah Alam tapi sempat lalu je berderet kereta..LAt makan sushi king 2 tahun lepas..Lapar pula tetiba2 😉
Dah lama tak makan sushi king. dah banyak cawangan sekarang.,
Ya. Ini outlet mereka yang ke 100 dah.. More to come