Betul Ke Azanis Scar Serum Ni Boleh Hilangkan Parut?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Azanis Scar Serum.
Alkisahnya begini, saya ni nak kata muda tu tidak la. Tapi dah menginjak ke remaja purba. Namun parut jerawat tak jugak hilang. Nak kulit flawless ala kpop tu jauh sekali. Tapi saya masih mencari cari solusi untuk menghilangkan parut jerawat kat muka ni. Almaklumlah muka ni aset penting. Mana tahu dah hensem nanti boleh kawin dengan anak jutawan. Oh!
Maka bermulalah ekspedisi mencari ubat apa yang boleh sembuhkan masalah saya ini. Main suntik-suntik boleh ke? Kan tak pepasal kembung pulak muka. Godek punya godek, dapatlah info pasal Azanis Scar Serum. Mana tidaknya, penuh dalam media sosial dok bercakap pasal Azanis Scar Serum ni. Katanya mujarab untuk parut.
Tanpa membuang masa, meh abang kongsikan dengan semua tentang Azanis Scar Serum ni.
Untuk makluman semua, Azanis telah berada di pasaran untuk bertahun lamanya. Terdapat pelbagai testimoni serta keberkesanan yang dikongsikan oleh pengguna mereka. Jadi tidak usah lagi saya berceloteh panjang mengenai hal ini kerana ianya sudah terbukti umum.
AZANIS SCAR SERUM kini dilengkapi dengan bahan utama yang baru iaitu Cocoa Butter. Dengan gabungan istimewa antara Vitamin E dan Cocoa Butter, maka terhasillah formula terbaru kami iaitu Vita-Cocoa Booster Formula.
Ia mengandungi 100% Vitamin-E semulajadi (d-alpha tocopherol) yang dirumus dari soya. Vitamin semulajadi D-alpha Tocopherol mengandungi 50% lebih anti-oksidan dan mempunyai daya serapan yang lebih baik dari Vitamin-E sintetik (juga dikenali sebagai Vitamin-E Acetate atau dL-alpha tocopherol). Manakala, Cocoa Butter telah dikenali di seluruh dunia dengan keberkesanannya dalam mengatasi masalah parut.
Nah kat bawah ni saya kongsikan sedikit sahaja ya testimoni Azanis ni. Nak tahu lebih lanjut silat layari laman web Azanis ya (klik di sini)
Ye ke ni? Ke guna Adobe? Camera 360 kot? Untuk makluman semua, ini adalah testimoni yang didatangkan khas untuk tatapan anda semua. Fresh dari rumah ni. Tak main la edit-edit. Ini adalah testimoni yang berjaya kerana menggunakan Azanis Scar Serum. Macamana ia berfungsi? Nah baca ini..
Azanis Scar Serum mempercepatkan proses pemulihan parut serta melicinkan kulit dengan Vitamin-E semulajadi (12,000 IU dalam pek 15ml) yang mengandungi paras anti-oksida dan anti-radang yang tinggi. Ia memudarkan penampilan parut lama dan baru dengan menghidrat dan melembutkan tisu parut disamping menggalakkan proses sintesis kolagen. Kesan dari anti-oksida dan agen pelembab ini juga mampu melicinkan garis-garis halus serta kesan kulit kering.
Cocoa Butter bertindak sebagai bahan untuk optimasikan proses di atas. Apabila ia diserap ke lapisan epidermis dan dermis, ia menghasilkan satu lapisan kelembapan dan minyak bagi melindungi kulit dari elemen cuaca yang menjadi penghalang kepada penstrukturan semula kulit yang rosak.
Waaaa. Ok macamana nak guna pula? Telan ke kemam? Jangan telan Makjah dan Pak Leman ooi. Ini main sapu je. Untuk kegunaan luaran katanya. Tahu la ada cocoa butter tapi bukan untuk dimakan ya. Take note pasal ni. untuk menggunakannya, sapukan sedikit Azanis Scar Serum pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.
Untuk parut cacar dan terbakar , tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum memohon Azanis Scar Serum.
Macamana? Dah berpuas hati? Bagi yang dah fefeling nak muka bebas parut tu bolehlah mencuba Azanis Scar Serum ni ya. Guna-guna jugak, jangan lupa berdoa ye. Chewahhh.