Jom Ke Lost World Hot Spring & Spa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Oh! lama tak bawa anda semua meneroka dan jelajah ke Malaysia ni kan? Biasanya saya bawa anda besama saya menjelajah mimpi sahaja. Tapi kali ini saya ingin membawa anda semua ke utra tanah air iaitu Ipoh.
Kalau berbicara tentang Ipoh saya pasti semua akan teringat akan kesedapan makanan yang tersedia. Makanan gerai-gerai pastinya membuka selera buat yang merasainya. Namun kali ini saya ingin membawa anda semua ke Lost world of tambun! Yeahhh.
Untuk makluman semua, ini merupaan pertama kali saya menjejakkan kaki ke sana. Jangan tahap keterujaan juga melambung. Akan saya kongsikan keterujaan ini bersama anda semua. Saya ke sana bersama pasukan Projek Travel. Kalau saya seorang memang kelu dan krik krik jugak la.
Perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Dengan menaiki van dan bas kami ke sana dengan girangnya. Ditambah pula yang dalam van tu semua sekepala memang menyanyi jelah jawapannya. Suaraku yang lemak merdu ini memnuhi suasana. Ewahhh!
Sesampainya kami ke sana, kami di sambut dan dibawa ke Lost World Hotel. Yeaaa! Free and easy sehingga malam. Dapatlah saya baring sekejap di atas katil yang empuk ini. Almaklumlah atas van saya tak dapat nak tidur disebabkan oleh terdengar merdunya suara sendiri menyanyi..haha
Jom kita saksikan sedikit sebanyak gambaran di dalam bilik tempat saya berada. And you know what, again my roomates is Khai Budak Pacak!
Yea! Dah malam. Sekarang masa untuk aktiviti yang sebenar. Untuk makluman semua Lost world of Tambun ini mengandungi beberapa bahagian iaitu Lost World Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost Wolrd Tin Valley, Lost World Lupe’s Adventure dan Lost World Hot Springs & Spa.
Kehadiran kami pada kali ini nak merasa Lost Wolrd Hot Spring & Spa la. Yehuu! Dah lama tak berendam macam badak air dalam kolam.