Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. apa khabar? Saya masih lagi sibuk dengan peperiksaan akhir semester saya. Sudah 3 tahun nampaknya saya belajar di universiti ini. Tak terasa pula cepatnya.
Minggu lepas saya ada buka kotak lama saya. Kotak yang tersimpannya barang-barang dari zaman sekolah menengah saya dulu. Terkejut juga bila tengok gambar Tingkatan 1. KURUS! Sekarang gemuk tak hinggat.
