Site icon AMIRNAWAWI

Apa PopCat? Maksud PopCat? Kenapa Viral?

Apa PopCat? Maksud PopCat? Kenapa Viral? | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seMua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai PopCat.

Apa Itu PopCat?

Popcat.click adalah permainan web clicker yang kompetitif dengan tujuan untuk mendapatkan klik terbanyak. Papan pendahulu (scoreboard) dipisahkan dengan nama negara dan netizen dari negara bertanding untuk merebut gelaran juara. Para peserta dikehendaki untuk menekan butang supaya nilai untuk setiap negara bertambah. Dan negara yang mempunyai markah (score) terbanyak digelar juara.

Siapa yang menentukan juara?

Sebenarnya tak ada sesiapa pun. Sekadar untuk suka-suka. Ye lah kan, sekarang tak ada buat apa. Jadi main benda macam ni boleh memuaskan diri sendiri. Negara mana yang berada dikedudukan teratas akan menjadi juara. Negara mana diatas, dialah yang juara. Sekarang ini semasa entri ini dituis, Malaysia berada pada kedudukan ke-3 di dunia.

Score semasa entri ini ditulis
Bagaimana untuk Bermain PopCat?
Tekan sahaja, kucing ini akan buka mulut. Dapatlah satu score

Untuk bermain game ini, anda hanya perlu untuk pergi ke laman web dan klik sahaja! Ia berfungsi di mana-mana peranti dengan menekan (klik) web, termasuk komputer dan telefon pintar. Pada telefon pintar anda, tap (tekan) skrin dan anda akan mendapat satu mata.

Manakala di komputer pula, anda hanya perlu klik pada tetikus atau papan kekunci anda. Tapi masalahnya sekarang ramai yang guna auto-clicker. Dekat tiktok bersepah tunjuk cara guna. Tapi masalahnya pihak popcat tak marah pun. Boleh je guna autoclicker ni.

Menang PopCat Dapat Apa?

Dapat kemegahan! Dapat kepuasan. Hahaha. Itu sahajalah. Mana ada dapat apa pun. Kan rakyat setiap negara ni punya semangat patriotisma yang lain machiam. Jadi kalau nama negara sendiri yang teratas tu kira boleh bangga la. Bangga pada pencapaian diri sendiri. Gitulah secara ringkasnya. Tak adanya dapat medal seperti di Olimpik tu. Hanya kepuasan peribadi sahaja. Daripada buang masa tak tentu hala, duduk rumah main klik-klik. Padahal main ni pun dikira buang masa juga. Hahaha.

Jadi korang dah terjebak belum main benda ni? Alaa paling lama pun viral seminggu je. Tak lama mana hah. Macam tak biasa dengan benda-benda viral ni.

Updated: PopCat Haram?

Saya ada terlihat di Tiktok yang mengatakan bahawasanya PopCat ini haram sebabnya mereka menggunakan bendera pelangi (LGB*) sebagai pengganti bendera Arab Saudi diweb mereka. Ini satu penghinaan kepada umat Islam kerana bendera Arab Saudi mempunyai kalimat syahadah di bendera mereka. Apabila warna hijau digantikan dengan pelangi, penghinaan yang jelas terhadap umat Islam.

Namun saya melihat sendiri di web mereka, bendera Arab Saudi masih sama iaitu hijau dan putih.

Apa kata anda?

Exit mobile version