May 2, 2024
Food

10 Dishes to Try in Malaysia KualaLumpur

Apakah 10 makanan yang patut di cuba dalam area Kuala Lumpur? Jawapannya sangat mudah kerana di Kuala Lumpur ini memang ada pelbagai jenis makanan yang best dan terbaik. Malah, bukan saja di Kuala Lumpur bahkan di seluruh Malaysia ada menu-menu ini.

Makanan Kuala Lumpur mahupun untuk rakyat Malaysia ini khususnya, memang sangat banyak dan di sini akan disenaraikan antara sepuluh makanan terbaik yang wajib kena makan. Para pelancong terutamanya, kena cuba semua menu ini jika ingin benar-benar merasai suasana bercuti di Malaysia. 

Jika tak tahu di mana nak tuju untuk dapatkan semua menu ini, boleh saja order food delivery secara atas talian dengan melayari lamanweb Foodpanda. Ianya ternyata sangat mudah dan cepat tanpa perlu susah payah untuk keluar dari rumah seperti dulu. 

#1 – Nasi Lemak

Rasa nasi lemak lemak kurang sama juga dengan nasi lemak lain. Tak kurang dan tak lebih tapi memang puas hatilah sebab nasi yang dihidangkan tu banyak. Yang bestnya jika dapat jumpa nasi lemak dengan ayam berempah yang memang sedap. 

Makin umph jika dapat digabungkan dengan sambal sotong dan ikan bilis goreng yang rangup. Sudahlah sedap ada pula tekstur rangup dan garing semasa mengunyah. Memang sangat asyik dan tak akan terasa rugi kalau pesan menu sebegini.

#2 – Roti Canai

Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis.

#3 – Tomyam

Tomyam merupakan sejenis sup yang berasal dari Thailand dan cukup popular. Untuk memasak tomyam,  kena pastikan rasanya pedas masam dan juga pekat. Tomyam berisikan ayam yang dipotong kecil-kecil ini dikombinasikan bersama rempah serta serai, daun limau purut halia dan juga cili. 

#4 – Nasi Kak Wook

Asyik nasi lemak dan roti canai sahaja, apa kata tukar selera untuk mencuba menu sarapan yang lain pula? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju ini. Semestinya menu yang boleh didapati ialah Nasi Kak Wook. Ramai pelanggan mengakui yang menu tersebut rasanya persis dengan Nasi Kak Wook di Kelantan.

#5 – Nasi Kandar

Nasi Kandar adalah menu yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutama orang Penang. Tapi sekarang nasi kandar boleh didapati diseluruh Malaysia. Nasi Kandar adalah nasi putih atau nasi kuning yang dipadankan beraneka lauk seperti ayam goreng, limpa, paru, daging dan sebagainya. Paling penting adalah kuah yang dicampur-campur sampai banjir. 

#6 – Satay

Menu satay sudah popular sejak dulu lagi. Malaysia dengan satay memang sudah sangat sinonim. Malah menu satay ini memang menjadi kegemaran ramai baik di dalam negara mahupun untuk pelancong luar. Dulu hanya ada satay ayam dan daging, tapi sekarang ni sudah ada pelbagai variasi yang lebih baru seperti satay kambing, satay arnab, satay perut, satay rusa dan banyak lagi. 

Bila makan akan digandingkan pula dengan kuah kacang yang pekat manis dan sedikit pedas. Tak lupa juga hirisan timun dan nasi himpit yang lembut. Memang padu! 

#7 – Cendol

Cuaca kat Malaysia ni selalunya panas dan lembap. Bila panas tu bukan panas yang di buat main, boleh berpeluh-peluh. Jadi salah satu menu yang sangat syok layan di tengah panas begini, tak lain dan tak bukan adalah cendol. Cendol ini ada bermacam-macam jenis, ada cendol pulut, cendol durian, cendol mangga dan lain-lain lagi. 

Makin best jika dapat cendol pulut camput durian dengan rasa lemak santan bersama pelbagai bahan sampingan lain. Boleh bikin jatuh cinta dengan cendol ni. Seminggu tak minum boleh teringat-ingat jadinya

#8 – Ais Batu Campur (ABC)

Bagi anda yang kurang gemarkan gabungan santan dan gula merah, anda boleh cuba menu ABC yang lebih manis-manis. ABC ni selalunya memang ada di jual bersama dengan menu cendol. 

Apa yang lebih menarik bukan saja pada warnanya yang berwarna warni dengan pelbagai rasa sirap manis, bahkan ia turut lebih nampak special dengan aiskrim yang diletakkan di atasnya. Dalam ABC turut ada bahan sampingan lain seperti cincau, kekacang, jagung dan banyak lagi. Sekali dah start makan memang tak boleh berhenti selagi tak habis. 

#9 – Teh Tarik

Teh tarik merupakan salah satu minuman yang sememangnya terkenal di restoran mamak dan ianya diperkenalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Kini ia juga boleh didapati di mana-mana restoran dan kedai yang biasa. Minuman ini sememangnya digemari oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia termasuk lah kanak-kanak. 

#10 – Nasi Ayam

Nasi ayam boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan yang sememangnya paling digemari oleh masyarakat kita tanpa mengira  bangsa, malah terdapat juga pelancong dari luar negara yang juga meminati hidangan ini. Hidangan ini biasanya dinikmati pada waktu tengahari berikutan masa yang diperlukan untuk menyediakannya yang singkat.

Apapun, untuk anda yang makan itu ini tanpa perlu keluar dari rumah, bolehlah gunakan perkhidmatan fast food delivery by Foodpanda ini! Jom makan makan. 

Untuk lebih penjimatan, anda boleh dapatkan kod kupon eksklusif untuk pesanan FoodPanda anda di Saleduck.


amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “10 Dishes to Try in Malaysia KualaLumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *