November 5, 2024
Lain-Lain

Izara Bayu Sutera : Kediaman Smart Home Tepi Tasik Di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu kediaman yang sedang hangat dipasaran sekarang iaitu Izara @ Bayu Sutera.

Memiliki kediaman yang selesa amatlah diperlukan untuk sesebuah keluarga. Rumah adalah tempat di mana kita menghabiskan masa kita bersama orang yang tersayang. Oleh sebab itu keselesaan sesebuah kediaman amatlah penting. Keselesaan merangkumi pelbagai segi, antaranya keselamatan, kemudahan asas, kejiranan yang baik, jalan perhubungan yang lengkap dan pelbagai lagi.

Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi salah satu tempat kediaman yang ada segala ciri keselesaan yang diperlukan. Perumahan yang saya maksudkan adalah Izara @ Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan Seremban. Ianya berada di kawasan selatan Lembah Klang.

Kenapa Perlu Pilih Izara @ Bayu Sutera

Untuk makluman semua, Izara @ Bayu Sutera adalah berstatus hartanah milik bebas yang berkeluasan saiz lot 20’ x 70’ (intermediate) dan binaan 2,315 kaki persegi (intermediate). Rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dan mempunyai pagar keselamatan yang tinggi serta mempunyai pos pengawal.

Rumah di sini amatlah versatile, iaitu layout yang fully extended , bilik tidur yang luas dan juga bilik mandi yang mewah.

Apa yang menariknya lagi, setiap rumah di Izara @ Bayu Sutera ini mempunyai ciri rumah pintar (Smart Home) seperti ciri kunci digital, modul pencahayaan, blaster IR penyaman udara dan kawalan suara. Jadi para pembeli rumah ini tak perlu bersusah untuk memasangnya nanti kerana ianya sudah dilengkapi dari awal lagi.

Selain itu juga, terdapat kemudahan seperti taman tasik yang seluas 3 ekar merangkumi kemudahan seperti laluan untuk berjogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain lagi. Para penghuni akan dapat menikmati kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan pelbagai lagi.

Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma di d’Tempat Country Club. Antara kemudahan lain yang terdapat di kelab ini adalah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe.

Izara @ Bayu Sutera juga mempunyai Matrix Global Schools. Ianya dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.  Ianya terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

Selain itu, terdapat juga X-park. X-Park ini merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat permainan golf.

Terdapat juga Sendayan Merchant Square yang terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan ukhuwah dalam komuniti dan didatangkan dengan tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan.

Jika sebelum ini pelbagai fasa telah laris dijual dalam masa yang singkat sahaja. Jadi tidak hairanlah jika fasa kali ini akan cepat juga penuh seperti pisang goreng panas. Jika anda berminat , segeralah untuk menempahnya sekarang supaya tidak terlepas peluang. Dengan segala kemudahan yang ada, pastinya ianya menjadi rebutan ramai. 

‘Gempak Raya Bonanza’

Sekarang ini sempena raya yang bakal menjelang, pihak pemaju menganjurkan  ‘Gempak Raya Bonanza’ di mana para pembeli rumah dalam tempoh kempen berhak mendapat rebat tambahan RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000. Kempen ini bermula dari 23 Mac hingga 12 Mei 2024.

Jadi buat anda yang inign mendapatkan maklumat lanjut atau berminat dengan Izara @ Bayu Sutera ini boleh layari mana-mana medium di bawah.

Website: http://izara2.bayusutera.com
Telefon Matrix Concepts: 1-800-88-2688
Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes

#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Izara Bayu Sutera : Kediaman Smart Home Tepi Tasik Di Seremban

  • Ramai kata Bandar Sri Sendayan ni mmg berbaloi kalau nak beli kediaman…kawasan dia pun strategik sgt!

    Reply
  • Eddy Rush

    Lumayan jugak ganjaran die, best kalau dapat 10k tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *