#amirtravel: Air Terjun Lata Belantan Besut Terengganu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuanya. Bertemu lagi untuk entri kali ini. Untuk segmen #amirtravel kali ini, anda akan saya sajikan dengan pemandangan indah di Lata Belantan. Salah satu tempat peranginan yang indah di Terengganu.
Baiklah, tanpa membunag masa, ayuh kita kenal sedikit sebanyak mengenai Lata Belantan ini. Lata Belantan merupakan salah satu tempat peranginan di daerah Besut Terengganu. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 15 minit dari bandar Jertih. Memang dekat sahaja.
Tempatnya memang menarik. Mengenai jalan masuk ke tempat ini pula memang agak bersimpang siur namun struktur jalanya telah dinaik taraf oleh PBT. Memang jalan baru la sekarang. Tiada lubang-lubang disepanjang jalan. Signboard juga ada disempanjang jalan masuk ke sini. Anda tidak akan sesat untuk mencari tempat ini jika anda betul-betul peka dengan signboard tersebut.
Ayuh, kita lihat gambar pula. Biarkan gambar berbicara.
Tempat ini memang menarik. Sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. tIada bayaran masuk dikenakan. Namun anda haruslah menjaga kebersihan air terjun ini bersama-sama. Jangan buang sampah merta-rata dan bersihkan semula kawasan yang telah anda gunakan.
SAYANGI ALAM SEKITAR UNTUK KEGUNAAN BERSAMA
AM: Teringin nak ke Lata Tembakah dan Kolam Air Panas La pula..
oloh.. dekat bena doh tu dgn umah ambo. hehe
Ek? Mung dok Gaal ko?
buke. duk pasir puteh. dekat benar dengan jeti kuala besut tu. hehe
Ada tak tempat berkhemah kat situ? chelet ke..
oh, tempat perkhemahan memang ada. Lengkap segala fasilitis
Salam admin,
Pergi bersantai di hari cuti ke tempat-tempat seperti ini sangat menyegarkan. Udara yang bersih serta dapat mandi manda dengan airnya yang sejuk dan segar.
Terimakasih admin atas perkongsian artikel ini.
ee bestnya lama dah tak mandi kat lata
Pergi la cuti2 sekolah ker.. Best oo
saya da pg sini.. ase tuh wat outing kat sini.. 🙂
nice entry..
Outing? Student MRSM ker?
nak belajar teknik apungan.. leh tak? hehehehee
lata belantan? belantan? betul ke tu. keh keh keh keh. 😛
hehe3.. lata belatan… terlebih huruf N la plak
saya selalu ke situ sewaktu tinggal di Besut, Terengganu. oh, i really miss that waterfall, where the water is cool and i can go for a nice swim. ahaks
lama giler kot tak mandi air terjun!!!!
indahnya ciptaan Allah…
Pingback: Air Terjun Bidadari Jadi Andalan Sentul Paradise Park | makanenak.info
Terbaikla Amir..
Tak ajak pon..
Memang best sekali-sekala menghirup udara segar.. 😉
sape yang terbaring tu..
wow….bestnya…teringin nak mandi air terjun…
Pi la sini. Memang best.. 🙂
Kebetulan khamis ni balik kampung dekat Besut. Kalo ada rezeki boleh melawat sini.
Dok Besut ko?
Takla, duduk JB, tapi kampung abah dekat Pantai Air Tawar Besut.
haha3. memang cetek pun. takde tempat dalam..hehe3.. nak nampak gempak je tuh
Wah cantik,sayang tak ada kesempatan untuk pulang terengganu.
Dah berzaman tak ke Lata Belatan ni.
Boleh bayangkan dinginnya air terjun yang mengalir.