#1-Melayuku Yang Layu
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها ڤڽايڠ
Assalamualaikum semua. Izinkan aku mengukirkan utai kata pada entri ini. Berikut merupakan pandangan peribadi aku di atas segala pemerhatian serta pengalaman aku hidup di atas muka bumi Allah ini.
Terdetik sayu di hati melihat bangsaku yang seakan mengemis di bumi sendiri. Banyak yang terpaksa dilalui dengan pelbagai kepayahan serta onak duri untuk mencari rezeki. Pelbagai kelakuan bangsaku yang memang bagiku begitu rendah nilai moralnya dan menerbitkan sakit di hati. Mengapakah pekara sebegini bisa terjadi? Adakah di asuh dengan pekara sebegini, atapun memang azalinya begini.
Ayuh, kita susuri sedikit pemerhatian aku. Sifat yang paling ketara buat segelintir bangsaku adalah
Saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.
Ya Allah, yang ini adalah paling ketara yang berlaku. Dalam segenap penjuru ada sahaja musuh dalam selimut yang memang telah lama memerhatikan kita. Tidak kira kita dalam bidang apa sekalipun. Dalam bidang pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Memang ada yang tidak berkenan di hati lalu berniat jahat untuk menghancurkan seseorang itu.
Dalam perniagaan misalnya, jika seorang itu menjalankan perniagaan dan perniagaannya berkembang maju, mesti akan ada anasir-anasir jahat yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka. Sebelum kebangkitan sesuatu perniagaan itu, tidak pula muncul anasir sebegini. Namun apabila sesuatu pernaigaan berada pada tahap memberangsangkan, mulalah ada komplot untuk menjatuhkan syarikat dari kalangan bangsaku ini. Yang menghairankan, yang cuba menjatuhkan ialah dari kalangan kaum aku juga.
Mengapa mesti ada perasaan sebegini? Tidak bolehkah kejayaan yang dikecapi itu kita berkongsi bersama. Mengapa memerlukan jalan belakang untuk saling menjatuhkan. Walaupun kita tidak mampu untuk menggapai seperti kejayaan orang lain, namun janganlah kita hendak menjatuhkan orang lain pula. Kumpulkan tenaga dan berusahalah memajukan diri sendiri. Itu lebih baik dari mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkan orang lain.
Itu tidak dinafikan memang lumrah dalam bidang perniagaan. Yang besar akan makin kaya dan yang kecil akan merana. Lama-kelamaan yang besar juga akan menelan yang kecil. Itu biasa dituturkan oleh sebilangan cerdik pandai dalam bidang ini. Namun apa yang diceritakan oleh kaum lain pula berbeza hakitkatnya. Mereka saling bantu membantu dalam menjadikan perniagaan mereka maju bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Tidakkah kita boleh mencontohi mereka?
Rasanya, untuk kita maju dalam bidang perniagaan, perlulah kita mengamalkan segala amalan yang baik. Aku akui tidak mudah untuk berjaya. Namun usaha yang berterusan diperlukan untuk menggapai impian itu.
Itu pula dalam bidang perniagaan, namun berbeza pula dalam politk di negara ini. Memang sedih juga aku melihat apa yang berlaku. tuduhan tidak berasas, fitnah dan kutuk mengutuk sudah menjadi pekara biasa. Tidakkah boleh untuk kita bersama-sama memajukan negara tanpa perlu saling tuduh-menuduh, fitnah menfitnah dan segala jenis lagi pkara yang tidak elok? Teringin rasanya untuk aku melihat bangsaku bersatu dalam politik tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain.
Banyak lagi sebenarnya yang ingin aku luahkan, namun biarlah setakat ini dahulu.. to be continue..
AM: Sekadar cetusan rasa peribadi. Apa pula kata anda?
itulah namanya orang melayu..tak boleh tengok orang lain senang mulalah nak main hantar-hantar ni..hehe..
Erm, yg tu pom memang la salah satu cara nya juga. Memang cara belakang nih la diorang selalu guna.
i like =)
🙂
tu la pasal..
Pasal ape? 😛
suka dengan coretan ni…
join G+ nizam jugak yer… hehehe
ok 🙂
bab tikam menikam ni, aku rasa dah macam jadi darah daging kat orang melayu. risau aku tengok benda macam ni..
Tu la.. macamana nak pastikan benda nih perlu diberhentikan dan jadikan ia sebagai satu persaingan yang sehat..
ada lagi yang aku sangat2 tak suka ngan sikap org melayu, benda ni atara jadi punca jadinya maksiat…antaranya “orang kata”,”tak penah dibuat orang” dek kerana benda ni, ramai pasangan yg belum cukup duit nk nikah, buat maksiat, nafsu dah berleluasa, niat nak nikah dah ada,tapi duit untuk hantaran, kenduri pumpang2 tak cukup… klu nk nikah dulu, nanti2 br sanding, mak bapaknye ckp “nnt org kata ko tu dah ada isi lak…” ape semua la… wth? apa salahnya kan? byk lagi la…
Diorang nih banyak fikir pasal orang lain dari diri sendiri. Orang sekeliling pom semua benda nak sibuk ambik tahu. Buat tu salah, buat ini tak betul. Bila berlaku jer problem, semua pakat lari..
Sepatutnya orang kita kena fikir kesan sesuatu daripada dok fikir tentang “orang kata”. Biarlah orang dok kata biar kita jgn nak mengata..
tu la orang melayu..tak boleh sikit tengok melayu yang lain senang…abis dimusnahkannya….sepatutnya melayu dengan melayu bersatu, membantu antara satu sama lain. tp bila ada yang bersifat mcm tu, ada pulak yang mengambil kesempatan…tak paham dengan melayu skrg ni..
Tu la.. Kita patut ada kesedaran. Kena saling mepercayai la. Tapi bila kita mempercayai, ada plak yang main kotor.. Aduh! Agk pening gak. Nak harapkan pemimpin, mereka plak dok gaduh sesama sendiri. Lagi payah..
banyak lagi yang boleh dicoret pasal kisah melayu ni . terlalu banyak sikap negatif yang mengundurkan bangsa jauh ke belakang. pemerintah pulak sibuk jaja nak jaga bangsa tapi hakikatnye menggunakan harta memuaskan nafsu diri sendiri dan kerabat.