Absolutely Halal Malaysia – Pelbagai Produk Halal Ada Di Sini
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Absolutely Halal Malaysia yang sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre.
Untuk makluman semua, ini merupakan event Absolutely Halal Malaysia yang pertama diadakan. Untuk event ini, ia merangkumi pelbagai produk dan juga makanan halal yang dijual. Tidak hanya dengan itu, terdapat juga aktiviti menarik yang diadakan untuk para pengunjung.
Ekspo yang berlangsung selama 3 hari ini menawarkan aktiviti dan juga jualan yang pastinya akan membuatkan perut anda penuh dan keterujaan anda untuk membeli barangan yang dijual di sini memuncak.
Mana tidaknya, sebanyak 280 booth yang disediakan disini yang mempamerkan pelbagai jenis barangan dan produk yang dijual pihak mereka. Tidak hanya berkunjung, terdapat juga booth yang menyajikan tester untuk anda cuba rasai sendiri.
Tidak hanya makanan, pelbagai produk lain juga ada di sini. Dari produk kosmetik dan juga farmaseutikal ada dipamerkan dan dijual kepada pengunjung. Pastinya para pengunjung mendapat lebih pilihan dalam memilih dan juga mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu produk tersebut.
Menyasarkan lebih 80 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara, pastinya ekspo sebegini sememangnya menyajikan sesuatu yang lain dan menarik. Tidak hanya menyasarkan kepada golongan Islam sahaja, malah ekspo ini juga menarik minat golongan bukan Islam juga.
Ini kerana, produk halal juga dapat dinikmati oleh orang bukan Islam kerana produk halal adalah produk yang dijamin kualiti dari segi pembuatan dan khasiat produk. Halal tidak hanya untuk orang Islam kerana ‘Halal is for Everyone’.
Selain aktiviti pameran dan juga jualan, terdapat juga aktiviti demo masakan dan persembahan oleh artis popular sepanjang ekspo ini berlangsung. Tidak hanya dengan itu, terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk sesiapa yang membuat belian melebihi RM80. Terbaiklah!
Untuk anda yang menggunakan aplikasi MEA dari Maybank pula terdapat diskaun yang menarik untuk anda. Potongan 10% untuk belian barangan di sini hanya untuk anda. Terbaik bukan?
Selain itu juga terdapat jualan Absolutely Murah Zone dimana di sini anda akan dapat membeli barangan semurah RM0.99 sahaja. Dan pastinya juga barangan yang dijual di sini adalah lebih murah dari tempat lain.
Jom kita lihat antara booth yang terdapat di sini yang dapat dikunjungi oleh anda.
Menarik bukan booth yang ada di ekspo ini. Jadi untuk anda yang teringin hadir ke Absolutely Halal Malaysia ini jangan lupa berbuat demikian.
Bermula dari 10 pagi hinggalah 10 malam dari 26 Julai hingga 28 Julai 2019. Jumpa anda di sana ya.