December 11, 2024
Hal-hal Semasa

Bengkel SMRter Snacker , Makan Snek Secara Berhemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bengkel yang telah saya hadiri iaitu, SMRter Snacker.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh pihak Mondelēz International (Malaysia) yang mengfokuskan pada kepentingan snek secara berhemah. Objektif sesi ini adalah untuk memperkasa para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.

Sesi perbincangan bersama panel telah diadakan, dikenali, SMRter Snacker ini menyaksikan para peserta terlibat dalam aktiviti memberi inspirasi untuk mengamalkan tabiat snek secara berhemah dengan mengalakkan para peserta untuk fokus terhadap rasa dengan menikmati setiap makanan yang dirasai. Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu Snacking Made Right— dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kelestarian bersnek yang berhemah dengan memberi impak terhadap manusia dan seluruh planet ini.

Sesi SMRter Snacker ini diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelēz AMEA, Pei Gee Chew, serta barisan panel yang hebat untuk topik snek secara berhemah ini seperti Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan seorang selebriti jemputan dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan.

Sesi perbincangan ini juga di dikelolai oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi, Sheahnee Iman Lee. Sesi ini juga mengupas persoalan kenapa setiap individu suka makan snek, peranan snek terhadap mereka yang peka terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri, apa yang mempengaruhi pemikiran para pengguna terhadap makan snek, faedah dan tip-tip bagi makan snek secara berhemah.

Para peserta tekun menyelesaikan tugasan yang diberikan sewaktu bengkel berlangsung

Majoriti pengguna mengamalkan pemakanan snek beberapa kali dalam kehidupan harian mereka. Snek berupaya memberi ledakan tenaga yang diperlukan oleh mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Lazimnya, kekerapan memakan snek ini berpunca daripada kesibukan masa yang padat. Antara faktor yang menyumbang terhadap isu ini adalah gaya hidup aktif para pengguna. Pada tahun 2018, jumlah jualan produk snek (makanan ringan) di Malaysia adalah lebih kurang RM1.28 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat.

Menurut Dr. Satvinder Kaur, berkata, “Penyelidikan telah membuktikan bahawa kesedaran pengambilan makanan seharian dapat mengawal pemakanan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, ia juga mengawal sikap individu daripada terjebak daripada dipengaruhi pembungkusan makanan dan juga iklan yang menarik. Ia juga dapat menyumbang kepada pengalaman memakan snek yang disukai.

Menurut James Kane, Pengarah Urusan Mondelēz (Malaysia) menjelaskan, “Para pengguna tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat. Kami mahu mempengaruhi para pengguna untuk menikmati snek secara yang betul melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan.”

“Kami menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan ringan kepada pengguna agar mereka dapat pilih makanan mengikut citarasa tersendiri. Selain itu, kami juga memperluaskan portfolio makanan ringan berkhasiat serta profil nutrisi dan ramuan produk jualan terbesar kami. Selain menawarkan snek yang hebat, kami juga berusaha untuk menawarkan nutrisi yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan diketahui oleh para pengguna kami. Snacking Made Right dibina atas janji kami untuk menawarkan para pengguna makanan ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul”, ujarnya lagi.

Antara snek keluaran Mondelez, yang menjadi kegemaran saya adalah coklat Cadbury!

Jadi, berdasarkan apa yang dikongsikan dalam bengkel ini adalah, kita boleh menikmati snek namun hendaklah berpada-pada dalam pengambilannya. Ini adalah bagi memastikan tiada kalori yang berlebihan yang diambil oleh tubuh. Jadi, sebelum makan, fikir dahulu apa yang masuk ke dalam badan anda itu.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *