December 11, 2024
Lain-Lain

Berjaya Kerana Ikhlas, Kisah Inspirasi Asyraf Khalid, Anak Datuk K

Muhammad Asyraf Khalid ataupun lebih dikenali dengan nama Asyraf Khalid ini adalah anak Datuk K atau Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Untuk pengetahuan anda, Asyraf Khalid ini merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama Mutyara dan Kilafit.

Asyraf mesra dipanggil nama Asyraf ini telah berubah sama sekali tidak seperti dulu. Satu demi satu kejayaan yang beliau tempuhi. Dahulunya, beliau tidak ada ilmu, tidak tahu cara berniaga, tidak tahu urus perniagaan. Amat mustahil jika difikirkan bagaimana boleh berjaya seperti sekarang.

Zaman Nakal, Tidak Berjaya, Pernah Kecewakan Bapanya

Bagi Asyraf, kejayaan ini kita tak boleh tunggu. Tunggu macam mana sekali pun, jika peluangnya tidak digunakan dengan baik, pasti tetap tak berjaya. Pada zaman nakalnya, beliau tidak fikir langsung tentang masa depan apatah lagi fikirkan kejayaan. Beliau juga pernah kecewakan bapanya.

Setelah mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dihindari lagi, beliau sedar penting untuk bangkit semula. Bangkit bina kejayaan dan empayar. Perniagaan adalah minat beliau. Dengan keputusan untuk berniaga, beliau dan isterinya menyertai Program Bimbingan usahawan Richworks Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Datuk Wira Dr Azizan Osman membimbing Asyraf dalam program Titanium Richworks. RichWorks merupakan syarikat keusahawanan yang melatih usahawan dari segi jualan dan pemasaran serta kepimpinan. Pelbagai kelebihan dan kemudahan yang Asyraf gunakan dalam Titanium untuk belajar lebih lagi.

Konsep pembelajaran Ahli Titan Richworks adalah diajar secara terus oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. Semuanya adalah dari bisnes usahawan sendiri, penyelesaian dan persediaan yang perlu dilakukan. Semua akan dilakukan bersama.

Inspirasi, Datuk K Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Makan malam diadakan bersama Datuk Wira dan sempena sambutan hari lahir Datuk K isnin lalu, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga telah menerima jemputan ke rumah mereka. Datuk K secara istimewanya berjumpa dengan Datuk Wira.

Dalam ucapan yang telah dimuat naik ke akaun Instagram anaknya, Datuk K berkongsi akan perubahan anaknya selepas dibimbing oleh Datuk Wira dalam program mentoring titanium RichWorks.

Dalam tempoh 3 tahun sahaja, perubahan yang berlaku kepada Asyraf adalah dari segi perniagaan mengaut jutaan jualan dan juga kehidupannya bertambah baik sentiasa. Mungkin kerana keberkatan menuntut ilmu dan usahanya sebelum ini.

Asyraf pada malam itu berkongsi akan kejayaannya mempunyai matlamat dan pembakar semangat untuk mencapainya.

“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini.”

“Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” Asyraf Khalid

Asyraf Khalid Kini Bergelar Jutawan RichWorks

Asyraf bersyukur kerana kejayaannya pada hari ini adaah hasil titik peluh dan hasil beliau belajar dalam kumpulan RichWorks. Dengan bimbingan tunjuk ajar dari mentor usahawannya, beliau tak buang masa banyak, tetapi mudah ikut jalan untuk terus berjaya.

Selain itu, lingkungan sahabat kumpulan Titanium juga membuatkan beliau lebih kuat dalam bidang perniagaan. 

Ramai puji kehebatan Datuk Wira mengendalikan program mentoring sehingga menjadikan usahawan berjaya dan kehidupan bertambah baik. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Untung ada guru yang selalu mengingatkan.

Asyraf juga suka program ini kerana nilai-nilai yang baik juga diterapkan dalam oleh beliau kepada usahawan RichWorks. Usahawan tidak kedekut ilmu walaupun dikatakan saingan sesama sendiri atau dalam satu program. Bagus, bila tak kedekut ilmu, kita akan lebih bijak sebenarnya.

“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujar Asyraf.

Datuk K Bongkar Sikap Azizan Osman Bantu Usahawan

Datuk K sebenarnya juga amat kagum dengan Datuk Wira. Beliau juga cemburu kerana datuk wira hebat bantu orang lain dan berjaya lahirkan usahawan jutawan. 

Selain itu, Datuk Wira bukan sahaja ajar bisnes, tetapi beri nilai kepada kehidupan usahawan lebih dari itu. Beliau pegang erat-erat dan bantu usahawan rapat-rapat. Tidak sia-sia jadi pelajar RichWorks.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,” 

Kesimpulannya, harapan Datuk K kepada usahawan adalah untuk anda terus stay humble, jangan sombong. Sebaliknya sering bantu mereka yang memerlukan. Jika kita tidak ego, tetapi saling ajar orang yang memerlukan itu adalah nilai murni, ada rezeki buat kita nanti. 

Semoga kisah ini bermanfaat buat semua.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *