Berjaya Niaga Tak Perlu Sijil Tinggi, Tapi Perlu Cari Mentor
“Tak payahlah nak berniaga bukannya reti pun! tak payahlah nak cerita-cerita tinggi bukannya pandai pun”
Eh siapa cakap orang yang tak ada ilmu berniaga selama-lamanya tak boleh berniaga? Siapa juga cakap tak ada ilmu bisnes selama-lamanya tak boleh pandai berniaga? Tolong jangan cakap begitu! Tidak ada tertulis di kepala masing-masing seseorang itu akan kerja apa yang penting usaha.
Sama juga dengan perniagaan, siapa saja boleh berniaga yang penting ilmu ini dipelajari. Di dalam bidang perniagaan ini, untuk berjaya semestinya perlu ada kelayakan tinggi melangit. Yang penting ada semangat juang yang begitu berapi.
Berjaya Niaga Tak Perlu Sijil Tinggi, Tapi Perlu Cari Mentor
Dalam dunia perniagaan, jika berjaya punya mentor urusan pembelajaran dan urusan menghadapi cabaran berniaga akan menjadi jauh lebih mudah. Jangan ingat berniaga sekadar jual dan kutip hasil untung berniaga, sebaliknya ia jauh lebih daripada itu.
Kita ambil RichWorks sebagai contohnya. Mana ada hanya terima orang yang punya sijil tahap kelayakan tinggi-tinggi. Mereka yang tak ada sijil belajar setakat sekolah rendah pun diterima untuk belajar. RichWorks amat prihatin hingga menawarkan pelbagai kelas-kelas dan program-program percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Tak kisah lelaki mahupun perempuan. Tak kisah suri rumah atau bekerja sendiri. Tak peduli hanya seorang tukang kebun atau hanya seorang kerani, yang penting punya cita-cita untuk berjaya dalam bidang perniagaan untuk ubah masa depan sendiri dan keluarga tersayang.
Mentor Boleh Bantu Dalam Keadaan Bisnes Yang Mencabar Di Tahun 2022
Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri, seringkali melakukan pemerhatian terhadap keadaan dunia perniagaan sekarang. Ini demi membantu anak didiknya yang harus beliau jaga supaya tidak tersalah langkah. Ini bagusnya bila ada mentor.
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Ada cabaran kritikal perniagaan sekarang ini yang perlu dilalui. Ditambah dengan pelbagai kejadian yang berlaku dalam negara, semua orang ikut merasa terkesan.
Bertuahnya kita, ada pihak-pihak lain yang sudi memberi tunjuk ajar secara percuma. Salah satunya sudah tentulah RichWorks. RichWorks telah melaksanakan pelbagai program untuk ajar ilmu berniaga dan Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman yang terbaru.
Program ini berlangsung pada setiap Ahad di jam 8 pagi. Ia berlangsung setiap Ahad di sepanjang bulan Februari.
Jangan biarkan ia terlepas, pastinya ada banyak ilmu berbaloi yang akan disampaikan. Klik dan sertai saluran sekarang supaya mendapat sedikit sebanyak pengetahuan yang berguna.