December 11, 2024
Food

Cara Menggoreng Ikan – Ikan Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dalam bulan Ramadan ini banyak yang berkongsi cara untuk memasak di media sosial tak kiralah Facebook mahupun blog.

Memandangkan saya seorang yang tidak tahu untuk memasak, maka saya ingin berkongsikan resepi mudah untuk newbies macam saya. hahahaha.

Resepi yang saya ingin kongsikan adalah resepi memasak ikan goreng!

Ya, saya yakin tak semua tahu cara untuk memasak ikan goreng. Jangan nak perasan bagus sangat. Saya sendiri pun baru sahaja tahu cara untuk memasak ikan goreng ini. Jadi, lelaki di luar sana, jom belajar. Lepas ni kalau ada yang tanya reti atau tidak memasak, bolehlah kita gebang sedikit. Walaupun hanya ikan goreng..

Contoh ikan goreng yang telah siap digoreng.

Resepi Ikan Goreng

Bahan-bahan

  1. Ikan (For sure lah!)
  2. Garam
  3. Kunyi (Serbuk ataupun kunyit hidup)
  4. Minyak untuk memasak
  5. Kuali dan sudip (lol)

Cara-cara.

  1. Siang ikan dan bersihkan sebersihnya. Kelar ikan untuk memudahkan ia masak.
  2. Jika anda gunakan kunyit hidup, tumbuk bersama garam. Jika anda gunakan jenis serbuk, masukkan dalam bekas ikan bersama garam.
  3. Ratakan garam dan kunyit bersama ikan tadi. Pastikan celah celah ikan tersebut dilumurkan dengan garam.
  4. Panaskan minyak. Buat newbies macam aku, untuk tahu minyak itu panas atau tidak, tengok kalau dah berbuih banyak tu panas la tu.
  5. Masukkan ikan dan goreng sehingga keperangan. Kalau dah masak, angkat dan hidangkan.

Mudah bukan? Yeaaa! Selepas masak air, salah satu hidangan yang mampu kita memasak adalah ikan goreng. Tapi pastikan ikan yang anda goreng tidak hangit! Jika hangit, gunakan ikan baharu dan ikuti langkah dari awal semula.

Apapun selamat menggoreng ikan kepada semua yang newbies macam aku ini. Mulakan memasak dari sekecil-kecil hidangan sehingga berjaya masak masakan yang rumit yang. Apapun good luck!

We should proud of ourself. Goreng ikan kot! Susah ni. 😛

 

Share…

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Cara Menggoreng Ikan – Ikan Goreng Kunyit

  • Bestnya dapat makan ikan goreng yang ranggup dan sedap macam ni… 😉

    Reply
  • Awak dah guna ker… (iklan Ajinomoto) wakakakaka…. sedap ikan goreng boleh buat menantu.

    Reply
  • Saya sebagai orang pantai timur memang suka makan ikan ini dengan ranggup dan makan sekali dengan ulam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *