Chiba Sweet Potato Telah Datang ke Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai salah satu ubi dari Jepun yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.
Untuk makluman semua, pada Ahad lepas saya telah pergi ke Bangsar Village untuk melawati roadshow ubi keledek yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia iaitu Chiba Sweet Potato. Roadshow ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas dengan sambutan yang amat menggalakan daripada pengunjung pasaraya tersebut.
Selain dari pameran untuk memperkenalkan ubi itu kepada penduduk Malaysia, aktiviti yang lain juga diadakan antaranya kuiz meneka berat ubi keledek Chiba ini dan juga kuiz-kuiz lain. Dan salah satu kuiz itu amirnawawi memenanginya. yeay!
Untuk makluman semua, ubi keledek Chiba ini berasal dari daerah Chiba iaitu sejauh 40km ke tenggara negara Jepun. oleh yang demikian ianya digelar Chiba Sweet Potato semperna nama daerah tersebut. Chiba Sweet Potato ini juga ada maskot mereka yang tersendiri. Dan rupanya bentuk ini diambil daripada peta daerah Chiba itu sendiri. Cute bukan?
Ubi keledek Chiba ini juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Boleh kukus, bakar, panggang dan pelbagai lagi. Boleh juga ditambah dalam masakan dan juga pemanis mulut yang lain. Saya lebih gemar yang bakar kerana ianya lebih sedap dan terasa smoky smell itu. Teringat pula tentang kenangan berkhemah dulu-dulu. bakar ubi dalam unggun api. oh! Sungguh nostalgik.
Terdapat 5 kebaikan Chiba Sweet Potato ini yang patut anda tahu.
1.Kalori rendah,Nutrisi & Fiber yang tinggi
2. Anti-oxidant tinggi
3. Anti-kanser
4. Menurunkan kolestrol (LDL)
5. Menstabilkan gula dalam darah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes)
Chiba Sweet Potato ini boleh didapati di Village grocer dan dijangka akan lebih memasuki pasaraya utama Malaysia pada masa akan datang. Buat masa ini harga untuk Chiba Sweet Potato adalah RM17.90 untuk sekilo. Ianya amat berbaloi untuk rasanya yang manis dan isinya yang enak.
Tonton sedikit video perkongsian dari kawan kita ini.
Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman sosial mereka seperti di bawah:
AM: Amat manis isinya. Lebih manis dari ubi tempatan.
mak aih..sedap ni.. walaupun sweet potato ni mudah didapti di Malaysia, tapi tak ramai yang komersialkan jual macam ni..
Itu la. Bila dah dikomersikal macam ni, memang kita semua dapat merasa la
best woo sweet potato ni..
Memang best. Manis giler rasa dia..